Monday, 18 November 2013

Hero Si Gigi Arnab


google image
Tajuk          :  Cinta Hati Cikgu Rabbit                                            
Penulis       :  Dinaz Salsabila
ISBN          :  978-967-765-138-2
Penerbit     :  Fajar Pakeer
Tahun         :  2013
Halaman    :   539
Harga         :  RM22.00(SM) RM25.00 (SS)






Kuuntai tujuh warna pelangi menjadi seutas kristal cinta untuk menambat hatimu...




Tajuk di atas ialah gambaran saya tentang si hero kerana saya membayangkan Cikgu Rabbit itu ialah cikgu lelaki. Setelah membaca sinopsis di belakang rupa-rupanya Cikgu Rabbit merujuk kepada Rabytha Amani. Dia digelar cikgu Rabbit kerana namanya Rabytha iras-iras rabbit. Buku ni dipinjam daripada Ms Criz. Agak lama juga memeram buku ini daripada dibaca kerana masih membayangkan heronya  si  gigi arnab!

Apa yang yang saya boleh katakan bahawa covernya menarik kerana berwarna merah jambu. Warna kegemaran saya... Setelah "google" baru saya tahu penulis ini juga telah  menghasilkan novel kanak-kanak, remaja dan dewasa.  

Cerita bermula dengan Rabytha Amani seorang wartawan yang sentiasa sibuk dengan tugasannya. Tetapi kematian ibunya menyebabkan dia terpaksa mengucap selamat tinggal kepada dunia kewartawanan. Rabytha mengambil alih tugas ibunya sebagai pengetua sebuah tadika. Di tadika itu, dia rapat dengan seorang budak bernama Qistina. Qistina jugalah yang menyebabkan Rabytha berjumpa dengan Jo. Rupa-rupanya Jo dan Rabytha ni pernah menuntut di sekolah menengah yang sama. Malahan Rabytha ni posmen bagi pihak teman baiknya Rita dengan si Jo. 



Mula-mula jumpa di tadika tu, memang Jo tak ingat siapa si Rabytha ni.  Bila keluar ayat-ayat familiar barulah Jo ingat siapa Rabytha ni...


Tanpa diduga, mereka berdua terpaksa berkahwin demi Qistina. Sayangnya perkahwinan tersebut diganggu oleh Rita. Rita yang menghadiri majlis pernikahan kawan baiknya Rabytha konon-konon untuk memberikan kejutan. Akhirnya dia sendiri terkejut apabila mengetahui pasangan Rabytha ialah the one and only ... ex boyfriendnya Jo!

Bermula dari saat itu, Rita mula melancarkan misi untuk memisahkan Rabytha dan Jo. Rabytha dan Jo pula menjalankan hidup seperti biasa walaupun sudah berkahwin.Mereka berdua hanya berpura-pura sebagai pasangan yang saling menyayangi di hadapan keluarga masing-masing.  Nampaknya si Jo yang beria-ia menyukai dan cuba mengambil hati Rabytha tetapi  Rabytha macam takda perasaan pula. 

Sehinggalah suatu hari, Rabytha mengambil keputusan untuk berpisah dengan Jo angkara si Rita yang kejam tu. Tidak lama kemudian Rabytha menerima berita yang mengejutkan. Apakah berita tu? Kisah ini berlarutan sehingga beberapa tahun. Rabytha dan Jo telah membawa haluan masing-masing. Pada masa itulah, Dr Iskandar cuba meraih cinta daripada Rabytha walaupun dia tahu Rabytha masih lagi  isteri orang. 

Adakah Rabytha akan memilih Dr Iskandar yang sudi menemaninya dalam suka dan duka atau menerima Jo kembali dalam hidupnya? 


Bagi saya Rabytha memang wanita yang tabah lebih-lebih lagi setelah berpisah dengan Jo. Banyak cabaran yang terpaksa diharungi tanpa suami di sisi. Cuma saya kurang pasti kenapa Rabytha merahsiakan nama suaminya daripada Rita apabila menjemput Rita ke majlis pernikahannya. Adakah kerana Jo bekas kekasih Rita dan Rabytha rasa bersalah? Sedangkan Rita yang meninggalkan Jo semata-mata ingin mengejar jejaka lain yang dirasakannnya lebih baik. 

Bahasa yang digunakan juga agak mendatar (pada pandangan saya) terutamanya pada awal cerita sehingga mereka berkahwin. Adakah ini untuk menggambarkan hubungan mereka berdua yang berkahwin bukan atas dasar cinta?  

Walau bagaimanapun saya suka kerana penulis turut menyelitkan peristiwa semasa (pada masa itu) iaitu kejadian tsunami.

Saya beri 2 bintang untuk novel ini. 

 

No comments:

Post a Comment