Monday 16 December 2013

Sagi dan Hadiah Hari Jadi




Mereka yang berbintang Sagittarius dikatakan suka akan aktiviti luar yang lasak. Jadi bagilah hadiah kasut sukan, peralatan berkhemah ke apa. Bagi diri saya, tak payah susah-susah. Dapat hadiah buku pun saya dah rasa berada di awang-awangan. Hihi. 

Inilah buku-buku yang saya beli konon-konon untuk hadiah hari jadi sendiri. Jadi tak ada alasan kena marah membazir beli buku banyak-banyak. Buku-buku di atas hasil "tangkapan" di Popular. Harga novel-novel BI yang tebal tu RM8.00 setiap satu. Memang berbaloi. Tapi tak puas hati lagi, pergi Minerva cari buku. Nasib baik tak banyak yang berkenan beli dua buah buku sahaja. Sampai di LCCT, beli lagi sebuah buku. Oops, sebelum tu sempat beli satu di MPH. Nampaknya ada banyak bekalan buku yang akan dibaca sebelum 2014 menjelma.

Krismas dan tahun baru bakal tiba, jadi dah ada idea nak bagi hadiah apa untuk si Sagittarius kan?
  

No comments:

Post a Comment