Sumber: Maple Comics |
Penulis: Jonsuraya
ISBN: 9789671434482
Penerbit: Maple Comics!
Tahun: April 2017
Halaman: 112
Harga: RM20.00
Sekuel kepada Jejon di Jepun.
Setelah tiba di Kyoto, kehidupan harian Jejon berubah 100%! Dia terpaksa mengubah cara kehidupan hariannya. Tiada lagi nasi lemak, tiada roti canai - mulai sekarang hanya sushi dan onigiri untuk sarapan.
Ikuti kisah dan ragam Jejon dan kehidupan barunya dalam Jejon di Jepun 2!(sumber: Maple Comics!)
Masih ingat lagi kisah Jejon di Jepun yang berakhir dengan kejadian gempa bumi? Jejon di Jepun 2 adalah kesinambungan Jejon dan kisah gempa bumi atau dikenali sebagai Jinshin. Dalam komik kali ini, Jejon berkongsi pengalaman tentang:
a. persediaan untuk menghadapi gempa bumi di Jepun.
b. pengalaman berbasikal yang merupakan pengangkutan penting untuknya berulang alik ke universiti
c. kesukarannya mempelajari bahasa Jepun
d. sambutan bulan puasa dan hari Raya di Jepun
e. musim hotaru atau kunang-kunang
Nampaknya harapan saya agar halaman komik berikutnya akan bertambah telah pun tertunai jua. Dalam komik kali ini, penulis turut menampilkan lebih ramai watak/kenalan penulis. Namun, watak kawan rapatnya dalam komik pertama iaitu Ben masih ada.
Komik ini akan ada sambungannya nanti, harap-harap keluarlah sebelum penghujung tahun ini.☺ Saya sangat enjoy membaca komik yang menyelitkan unsur pengetahuan ini. Baca berulang kali pun tidak membosankan. Lukisan komiknya juga kemas dan mudah dibaca. Satu lagi, saya suka penjilidan buku ini yang tahan berbanding sesetengah komik yang saya ada, mudah tertanggal. Saya berikan komik ini ☆☆☆☆
No comments:
Post a Comment