Sunday, 10 June 2018

Mini Reviews: What's Up Turks? + Arkitek Jalanan

Hari ini, saya akan membuat mini review untuk dua buah buku. Kenapa mini review? Sekali-sekala teringin juga mengubah selera bentuk-bentuk review. Persamaan kedua-dua buku ini ialah latar tempat berlaku di luar negara. Satu di UK dan satu lagi di Turki. Perbezaannya, satu buku memaparkan  pengalaman seorang pelajar manakala yang satu lagi pengalaman seorang wanita yang berkeluarga yang menetap di sana.

Tajuk : What's Up Turks?
Penulis : Ayza Gursoy
Penerbit: Mustread Sdn Bhd
ISBN:9789672038337
Tahun: 2017
Halaman: 208
Harga: RM22.00 (SM)/RM25.00 (SS)

"Bila Melayu jadi menantu Turki!!"

❀❀❀❀❀
Orang kata, susah kahwin campur ni. Budaya lain, bahasa lain, makanan pun lain.
Tapi...dalam perbezaan itu, seronok juga belajar perkara baru.
Kadang nak tergelak pun ada masa mula-mula nak suaikan diri di bumi Turki.
Kadang menangis tiba-tiba bila teringat ibu di Malaysia.
Tapi itulah...tak kenal maka tak cinta. Dan saya jatuh cinta kepada bumi Turki!
What's Up Turks? [sumber: Goodreads]
⚘⚘⚘⚘⚘


Saya tertarik dengan buku ini kerana latar tempatnya di Turki. Kalau tidak tidak dapat pergi sendiri ke sana, membaca tentang kehidupan di sana pun memadai buat masa ini. 
Membaca pengalaman  penulis di bumi Turki menyebabkan saya senyum sendiri. Banyak perbezaan budaya Turki dan Malaysia mencuit hati saya. Misalnya kisah "sofra" atau kain seperah dan juga tentang lemak biri-biri yang menimbulkan tanda tanya. Saya juga dapat membayangkan keterujaan penulis apabila menerima bungkusan dari Malaysia. Pasti penulis amat merindui Malaysia terutamanya ahli keluarganya yang jauh beribu batu. 
Penulis juga berjaya menggambarkan tempat tinggalnya,Denizli,dengan terperinci. Sambil membaca,saya pun terbayang-bayangkan lokasi yang diceritakan. Selain itu, beberapa tips disertakan jika anda berminat melancong ke Turki mengikut musim-musim tertentu.Buku ini sesuai untuk bacaan santai di samping menambah ilmu baharu tentang budaya asing. Saya berharap agar dapat membaca karya lain penulis ini pada masa hadapan. 
Selesai membaca buku ini menyebabkan saya juga seperti penulis jatuh cinta dengan bumi Turki! Buku ini saya berikan ☆☆☆☆.

☙☙☙☙☙☙☙☙☙☙☙☙☙❦❦❦❦❦❦❦❦❦❦❦❦❧❧❧❧❧❧❧❧❧❧❧❧❧

 
Tajuk: Arkitek Jalanan
Penulis : Teme Abdullah
Penerbit: Iman Publications
ISBN: 9789832423430
Tahun: April 2017
Halaman: 328
Harga: RM25.00 (SM)/RM28.00(SS)




❀❀❀❀❀
Sinopsis belakang buku:
To be honest, aku dah bosan dah dengar orang cakap ' belajarlah kerana Allah' setiap kali aku mengadu down, setiap kali aku mengeluh nak give up...
Aku diam sajalah, acah-acah makan dalam.
Yalah, orang picisan macam aku ni mana layak membantah ayat-ayat daripada budak-budak usrah.
Tapi sebenarnya kan...
Aku tak pernah faham pun maksud 'belajar kerana Allah' tu.
[sumber: goodreads]
⚘⚘⚘⚘⚘

Arkitek Jalanan buku yang disebut-sebut pada tahun 2017. Pada awalnya buku ini memang salah satu yang termasuk dalam "wishlist" untuk dibeli semasa PBAKL17. Tetapi, gara-gara teruja membelek buku-buku lain, saya terus terlupa dengan buku ini. Mujurlah, saya berpeluang untuk membaca buku ini(pinjam dari pelajar).Saya mengambil masa sehari untuk menghabiskan bacaan buku ini. Apa yang saya boleh katakan , buku ini memang "page turner". 
Bagi yang sudah membaca karya pertamanya bertajuk Pelukis Jalanan sudah pasti tahu latar belakang "aku" dalam Arkitek Jalanan. Dalam buku ini, Teme (Aku) merupakan pelajar tahun akhir dalam bidang arkitek di UK. Apa yang menariknya, "Aku" belajar menggunakan duitnya sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak. Bagaimana "Aku" menyara hidupnya di sana? Dalam buku ini turut menekankan perlunya seorang rakan yang boleh memberi dorongan dan semangat setiakawan yang tinggi. Pada pandangan saya, "Aku" amat bertuah kerana memiliki seorang rakan seperti Ahmad. Begitu juga sebaliknya. Penulis juga banyak menyelitkan jargon berkaitan dengan bidang arkitek. Secara tidak langsung, pembaca boleh mengetahui kehidupan yang dilalui oleh pelajar bidang ini. Buku ini amat sesuai dibaca oleh golongan muda terutamanya yang masih melanjutkan pelajaran. Melalui buku ini, penulis banyak menyelitkan motivasi agar kita tidak mudah berputus asa dalam pekerjaan kita. Saya suka dengan endingnya yang sangat di luar dugaan. Seolah-olah saya pulak yang menikmati kejayaan itu.
Buku ini saya berikan ☆☆☆☆1/2.



No comments:

Post a Comment