Saturday 23 March 2019

Menghitung Hari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL 2019)

Edit: marbella
Sumber : klik di sini 

       Ramai yang memberikan alasan kurang gemar membaca atau tidak suka membaca buku/ novel kerana bahan bacaan yang kurang menarik. Mungkin benar kata-kata penulis siri Harry Potter di atas, kita tidak suka membaca kerana kita belum menemukan buku yang sesuai. 

📚📚📚📚📚📚📚

Apa kata luangkan masa untuk mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL 2019) yang akan bakal tiba minggu hadapan. Tahun ini PBAKL 2019 membawakan tema Meluhurkan Dekad Membaca Kebangsaan. Seperti tahun lepas, lokasinya masih di PWTC. Pesta ini akan berlangsung mulai 29 Mac hingga 07 April. 
Masa mula operasi PBAKL 2019 ialah jam 10.00 pagi. Apa yang menariknya, waktu tamat operasi setiap hari dilanjutkan sehingga pukul 9.00 malam. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan bahan bacaan pelbagai genre, buku-buku terkini pada harga promosi. 
Anda semua bolehlah membuat perancangan masa dan perbelanjaan untuk ke sana.
Jumpa di sana. 💗😊

Untuk butiran lanjut layari laman web PBAKL di https://www.klibf.my/







No comments:

Post a Comment