Tuesday, 24 September 2019

I'm so excited! Book Depository

sumber imej: Goodreads

I'm so excited!
Baru-baru ini saya membuat pesanan di Book Depository. Ini bukanlah kali pertama saya membuat pesanan buku di the Book Depository. Baca pengalaman pertama saya membeli buku di sini.

Cuma kali ini pembelian tersebut berjaya dibuat menggunakan kad debit Mastercard. Kali pertama dulu saya guna kad debit Visa sebab tidak dapat guna Mastercard. Sebelum ini saya pernah mencuba kedua-dua kad debit, langsung tidak berjaya. Mungkin gangguan sistem agaknya. 





Kalau ikutkan dalam emel, buku-buku tersebut akan tiba dalam tempoh 10-20 hari waktu bekerja selepas emel makluman pengesahan buku telah diproses. Jadi saya jangkakan pesanan saya akan sampai selepas 10 Oktober 2019. Menghitung hari...

Antara novel tulisan Ali McNamara yang pernah dibaca ialah The Little Flower Shop by the Sea dan  Breakfast at Darcy's


Kredit imej: Goodreads

Penulisan Ali McNamara menepati citarasa saya. Saya tidak ragu-ragu untuk memesan empat buah novelnya termasuk novel terbarunya iaitu Secrets and Seashells at Rainbow Bay (2019). 

Seperti yang saya pernah komen dalam entri saya di sini, saya suka penulisannya yang bersih daripada penggunaan perkataan yang tidak menyenangkan. Kalau diperhatikan, semua sampul bukunya memaparkan warna yang lembut dan menenangkan. 

Apabila membaca novel Ali McNamara, jiwa rasa tenang sahaja. Setakat dua novelnya yang telah dibaca, Ali suka memilih latar tempat pulau atau pekan di tepi pantai. Malahan dalam blognya, beliau mengaku latar tempat dalam novel The Little Flower Shop by the Sea diinspirasikan daripada St. Ives.

Tak sabarnya menunggu buku-buku itu sampai...



No comments:

Post a Comment