Hai. Selamat sejahtera.
Ini merupakan entri yang ke-100.🎊🎊🎊
Pernahkah anda terfikir bagaimana tercetusnya penubuhan sistem perbankan Islam di Malaysia. Jangan tak tahu Malaysia menjadi perhatian dunia dan diiktiraf sebagai salah sebuah negara perintis sistem kewangan Islam.
🏦🏦🏦🏦🏦
Banyak ilmu baru yang boleh diperoleh daripada buku ini. Antaranya ialah:- Produk yang ingin dipasarkan perlu melepasi beberapa jabatan dan kawalan ketat syariah.
- Konsep perbankan Islam diterangkan dengan bahasa yang mudah difahami seperti gharar, mudharabah dan wadiah.
- Perbezaan pembayaran caj lewat bayar.
Tahniah kepada penulis yang berjaya menulis tentang topik sebegini dalam bentuk menyeronokkan dan mudah difahami.Semoga penulis akan terus maju dan menghasilkan karya yang bermutu pada masa akan datang.
Buku ini saya berikan ⭐⭐⭐⭐
Maklumat buku:
Tajuk:Cerita Orang Bank
Penulis: Mastura Mohd Salim
ISBN: 9789672062400
Penerbit: Komrad Buku
Tahun: Feb 2019
Halaman: 198
Harga: RM25.00(SM)/RM28.00 (SS)
No comments:
Post a Comment