Hai.
Selamat bertemu kembali.
Hari ini saya akan membuat review mini untuk novel remaja bertajuk Gadis Novel Lawan Budak Komik. Sekali-sekala ubah selera membaca novel remaja seronok juga.
💗💗💗💗💗💕💕💕💗💗💗💗💗
Buku ini dibeli semasa cybersale Sept-Okt 2019 melalui laman web bookcafe.com.my.
Review:
Buku Gadis Novel Lawan Budak Komik merupakan salah satu judul dalam Siri Lawan terbitan Blink.
Sampul buku ini sangat cantik dari segi penggunaan warna dan ilustrasi yang cantik. Gambar gadis tu memang sangat comel tetapi masih menunjukkan kesopanan. Ada unsur blink-blink kagi. Ini sudah pasti menangkap pandangan bakal pembeli apabila buku sebegini dipamerkan di rak buku di kedai buku.
Watak-watak utama dalam cerita ini ialah Nella Amara (pengerusi Kelab Novel) dan Hafidzi Roshidi (pengerusi Kelab Komik).
Nella Amara mempunyai beberapa teman iaitu Syakeera dan sepasang kembar bernama Fina dan Fini. Mereka selalu setia bersama-sama Nella untuk memastikan strategi mempertahankan Kelab Novel berjaya.
Kawan baik Hafidzi Roshidi bernama Nazim Usmang dan Fattah Aman. Fattah Aman merupakan pujaan hati Nella. Jadi setiap kali Nella bertekak dengan Hafidzi , dia terpaksa mengawal sedikit perangainya di depan Fattah.
Jalan cerita. Cerita bermula apabila pengumuman tentang kedua-dua kelab tersebut akan dibubarkan oleh pihak sekolah untuk mengurangkan kos. Ada peristiwa lucu apabila Nella dan Hafidzi telah salah terjah bilik tempat semua guru sedang bermesyuarat.
Akhirnya, mereka diberikan peluang kedua oleh Pengetua untuk meningkatkan jumlah keahlian kelab masing-masing.
Maka bermulalah strategi masing-masing untuk membuktikan kelab mana yang akan mendapat sokongan paling banyak dari warga Sekolah Sri Bali.
Apalagi Sekolah Sri Bali menjadi kecoh kerana strategi kedua-dua kelab yang berlawan untuk mendapatkan keahlian paling tinggi. Ada yang lucu dan ada yang agak saspen.Sampaikan saya asyik tersengih sepanjang membaca buku ini.
Malahan ada beberapa insiden agak drastik kerana masing-masing tidak mahu kalah sehinggakan Nella dan Hafidzi telah didenda oleh Pengetua.
Jalan cerita yang pantas dan tidak meleret-leret sesuai untuk peringkat remaja.
Pengajaran.
1. Sikap menghormati guru.
2. Sikap sedia mengaku kesalahan sendiri.
3. Berusaha gigih untuk mendapatkan/ mencapai perkara dihajati.
4. Semangat setiakawan yang tinggi.
Gaya bahasa. Penggunaan bahasa yang mudah dan sesuai dengan peringkat remaja.
Penambahbaikan:
Saya berharap penulis akan terus menghasilkan buku-buku bermutu untuk golongan kanak-kanak dan remaja. Mungkin dalam karya akan datang, watak-watak itu boleh dipelbagaikan dari segi keturunan dan latar belakang. Semoga kedua-dua penulis terus berjaya dalam bidang penulisan.
Keseluruhannya saya berikan ⭐⭐⭐⭐
💗💗💗💗💗💕💕💕💗💗💗💗💗
Tajuk: Gadis Novel Lawan Budak Komik
Penulis: Ain Maisarah, Khairil Kamarudin
ISBN:9789670411972
Penerbit:Blink Book Sdn Bhd
Tahun:Cetakan ketiga 2017
Halaman:104
Harga:RM10.00(SM)/RM12.00(SS)
No comments:
Post a Comment