Hai.
Selamat bertemu kembali.
Hari ini saya akan sambung tentang Book Haul October part 2 walaupun sekarang sudah Disember. Tapi takpalah kita teruskan ya.
Book haul kali ini dari Book Depository dan MPH.Pesanan dibuat pada hujung bulan September.
Akhirnya pesanan yang dinanti pun tiba pada bulan Oktober.
Book Depository:
Buku-buku yang dipesan dari Book Depository ada empat tetapi yang diterima hanya tiga. Alamak.Mana lagi satu?Dalam invois pun nampak satu tajuk tu sudah dipangkah.Dah kehabisan stokkah?Jadi saya menghantar emel kepada Book Depository tentang hal tersebut dan mereka berjanji akan mengirim naskhah tersebut. Jadi kena tunggu lagi.
Kali ini penghantaran buku oleh Book Depository menggunakan sampul untuk satu buku.Manakala dua lagi menggunakan kotak. Malangnya yang menggunakan kotak tu dalam keadaan kemek. Mujur buku tidak rosak tetapi penanda buku yang disertakan sudah terlipat. Tetapi itulah risiko yang kena dihadapi kerana mereka guna pos biasa sahaja.
Tetapi hal ini tidak mematikan semangat saya untuk terus memesan buku dari Book Depository kerana harganya berpatutan dan banyak pilihan.
Buku-buku yang diterima:
1. Secrets and Seashells at Rainbow Bay
2. Daisy's Vintage Cornish Camper Van
3. The Summer of Serendipity
Buku yang belum diterima:
1. Letters from Lighthouse Cottage
Kesemuanya dari penulis yang sama iaitu Ali McNamara.
MPH:
Hanya tiga buku dipesan kali ini.Sebenarnya saya ingin menambah Koleksi buku keluaran Jemari Seni yang ada.Tetapi hanya tinggal satu tajuk sahaja yang saya berkenan.
1. Tanah Andriyana ( Noor Suraya)
Lama dah berniat untuk membeli tetapi selalu sahaja tertangguh. Apabila Jemari Seni sudah tidak beroperasi, saya pun beli takut kehabisan stok. Namun saya berharap Noor Suraya akan terus berkarya walaupun Jemari Seni tiada lagi.
2. BTS: Rise of Bangtan (tiada foto)
Ini untuk puteri saya yang minat sangat dengan KPop.
3. Jungle (tiada foto)
Bard book ini dibeli untuk cucu saudara yang berusia setahun.Kenalah tanamkan minat membaca dan cinta buku dari usia muda walaupun tak kenal ABC lagi.😃
Jadi itu sahaja book haul saya untuk October dan juga tahun ini. Banyak lagi buku yang saya tak baca lagi.

No comments:
Post a Comment