Saturday 22 February 2020

Review Mini Buku: Aku Anak Kampung

Cerita Anak Kampung Dihantar ke Sekolah Berasrama Penuh 
πŸš†πŸš†πŸš†πŸš†πŸš†


Hello.
Bertemu kembali di bulan Februari.
Kali ini saya akan kongsikan review mini buku bertajuk Aku Anak Kampung.

Buku Aku Anak Kampung merupakan sebuah catatan hidup penulis di Johor semasa kecil sehingga memasuki alam pekerjaan.


Saya suka buku ini kerana melalui buku ini pembaca akan dibawa kembali ke zaman selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Beberapa perkara yang boleh dikutip dari buku ini.Antaranya ialah:
1. Kekejaman komunis kepada penduduk Tanah Melayu.Selama ini saya hanya menontonnya di kaca tv sahaja. Tetapi dalam buku ini penulis sendiri yang mengalami zaman tersebut.

2.Zaman persekolahan penulis yang cukup riang walaupun dalam keadaan hidup yang serba kekurangan. Saya sangat seronok membaca kisah sekolah penulis yang terlibat dalam pertandingan senaman. Walaupun hanya sekolah kampung, mereka mampu untuk memberi saingan kepada sekolah bandar.

3. Kerjasama penduduk kampung yang erat semasa membuat padang bola patut dipuji.

4. Pengalaman penulis semasa melanjutkan di STAR juga satu peristiwa bersejarah kerana mereka merupakan antara kohort terawal sekolah tersebut. 

5. Kisah sedih apabila salah seorang rakan mereka meninggal dunia kerana terjatuh dari kereta api. 

6. Terdapat foto-foto disertakan dalam buku ini memudahkan pembaca untuk membayangkan situasi yang diceritakan oleh penulis. 

Kesimpulannya, membaca buku ini pasti menimbulkan nostalgia bagi mereka yang sezaman dengan penulis. Di samping itu, buku ini boleh menjadi rujukan kepada generasi kini untuk mengetahui kehidupan orang dulu-dulu. Pengalaman hidup penulis juga menimbulkan keinsafan dan kesyukuran betapa bertuahnya saya dan generasi sekarang. Contohnya, kita tidak perlu bersusah payah berjalan kaki berkilo meter jauhnya  untuk ke sekolah.

Saya membayangkan penulis bercerita kepada cucu-cucunya tentang zaman persekolahannya. Terlintas dalam fikiran, menyesal tidak bertanya kepada mendiang datuk dan nenek tentang pengalaman hidup mereka dulu.

Buku ini sangat disarankan untuk dibaca kerana nilai sejarahnya terutama catatan tentang pengalaman penulis di STAR.  Tahniah untuk penulis yang merupakan seorang bekas pendidik dan beliau telah menerima pelbagai anugerah sepanjang tempoh perkhidmatan dan selepas bersara.

Harapan saya,  lebih ramai penulis akan menulis autobiografi atau memoir yang berkongsi tentang kehidupan mereka .

Tajuk: Aku Anak Kampung
Penulis: Mohammad Razi Abd Rahim
ISBN:9789674014063
Penerbit: PTS Publishing House
Tahun:2018
Halaman:257
Harga:RM25.00 (SM)/RM27.00(SS)
Bintang: ⭐⭐⭐⭐

No comments:

Post a Comment