Wednesday, 26 February 2020

Review mini buku : Usahawan Cilik: Nasi Lemak Bonda

sumber: Laman Web PTS
🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲
Helo.Selamat bersua kembali. Masih meneruskan bacaan menggunakan aplikasi Ookbee Buffet.Selain mengejar dateline tarikh akhir menggunakan aplikasi ini saya rasa ketagih pula membaca secara online.


Hari ini saya akan kongsikan mini review siri Usahawan Cilik iaitu Nasi Lemak Bonda. Buku ini mengisahkan dua orang adik beradik yang masih di sekolah rendah. Abangnya bernama Kimi dan adiknya Qalif. 

Mereka berdua tinggal bersama ibu dan ayahnya yang sudah setahun tidak bekerja kerana masalah kesihatan. Mujurlah majikan ayah mereka baik hati membayar separuh gaji kepada ayah mereka.

Pada awal cerita, keluarga ini mengalami kepayahan setelah ayah mereka meninggal dunia. Amat sedih kerana tiada jiran yang memberi bantuan kepada mereka. Mujurlah ibu Kimi dan Qalif mendapat kerja di kilang papan.

Bagi menjimatkan perbelanjaan ibu Kimi menyediakan nasi lemak sebagai bekalan ke sekolah. Bekal nasi lemak Kimi menarik perhatian rakan-rakannya. Maka tercetuslah idea mereka untuk menjual nasi lemak. 

Walaupun pada awalnya jualan nasi lemak mereka mendapat sambutan tetapi aduan pengusaha kantin menyebabkan Kimi tidak boleh berniaga di sekolah lagi.

Lalu apakah ikhtiar Kimi dan Qalif? Adakah perniagaan nasi lemak mereka akan berkubur begitu sahaja? 

Saya berasa seronok membaca buku ini. Kegigihan Kimi dan Qalif menjual nasi lemak amat mengagumkan. Mereka tidak mudah berputus asa walaupun menghadapi pelbagai rintangan.

Kali in saya berasa ada sedikit perbezaan gaya bahasa digunakan berbeza dengan buku siri Usahawan Cilik sebelum ini. Mungkin juga kerana ibu Kimi memainkan peranan penting dalam cerita. Banyak nasihat ibu diberikan kepada Kimi dan Qalif.

Saya amat menyarankan buku ini sebagai bacaan santai anak-anak.
Buku ini saya berikan ⭐⭐⭐⭐
🍚🍚🍚🍚🍚

Tajuk: Nasi Lemak Bonda
Penulis: Qayyum Nur
Penerbit: PTS Publishing House
Tahun: 2009
Ebook menggunakan aplikasi Ookbee Buffet

No comments:

Post a Comment