Monday, 24 February 2020

Review Mini: Gila-gila PSP

sumber: Laman Web PTS
🍼🍼🍼🍼🍼🍼🍼
Setelah selesai membaca Burger Del saya mneneruskan bacaan Ebook kedua saya iaitu Gila-gila PSP. Hujung minggu ni memang pulun membaca ebook kerana aplikasi ini ada had masa. Kesilapan saya tidak memulakan bacaan sejurus memuat turun aplikasi ini. Rasanya dah beberapa hari juga barulah saya membaca menggunakan aplikasi Ook Buffet ini.



🍼🍼🍼🍼🍼🍼🍼

Watak utamanya Fendy yang ingin memiliki PSPnya sendiri.Malangnya keadaan ekonomi keluarganya tidak mengizinkan menyebabkan ibu bapanya tidak dapat membelikan PSP untuk Fendy.

Oleh itu, Fendy berikhtiar untuk mencari kerja sambilan bagi memenuhi impiannya. Pelbagai cadangan diberikan oleh sahabat baiknya Zaki tetapi ditolak oleh Fendy. 

Akhirnya dia mendapat satu idea iaitu menjadi pengasuh sambilan. Maka bermulalah misi Fendy dibantu oleh Zaki mencari bakal pelanggan. Mereka membuat promosi menggunakan kertas A4 yang diletakkan di peti surat penduduk di kawasan kejiranan. 
Pada awalnya, promosi Fendy tidak mendapat sambutan. Namun dengan pertolongan ibu Zaki , Fendy berjaya mendapat pelanggan pertamanya.

Pelanggan pertamanya iaitu Adam seorang anak kecil yang sangat aktif. Adam mencari jalan untuk keluar bermain dari rumahnya. Berlaku beberapa insiden lucu semasa Fendy menjaga Adam. Malahan dia terpaksa meminta bantuan Zaki untuk mendapatkan Adam yang sudah berjaya keluar rumah.

Di sekolah pula Fendy merupakan pujaan beberapa orang pelajar perempuan.Salah seorang ialah Dina yang sering memberi makanan kepadanya. Satu hari, Fendy memberikan sandwic pemberian Dina kepada rakan sekelasnya Rohaza. Perbuatannya itu menjadi bahan gosip sekolah sehinggakan terhasil satu puisi berjudul Cinta dalam Sepotong Sandwic.πŸ’–

Watak -watak lain seperti Rohaza, Noris, Asrul, Haliza, dan Yusman menambahkan rencah dalam cerita.Yusman misalnya memang watak yang agak menjengkelkan.Saya dapat membayangkan rupa paras pelajar tingkatan 1 itu.

🍼🍼🍼🍼🍼🍼🍼

Walaupun cerita ini agak kelakar tetapi penulis bijak menyelitkan unsur pengajaran di dalamnya. Misalnya, penulis menyelitkan tentang isu Bangsa Moro yang tertindas dan terpaksa melarikan diri ke Sabah.

Jalan cerita menarik dan agak pantas. Saya berikan ⭐⭐⭐⭐

Tajuk: Gila-gila PSP
Penulis: Maslina Ngadiman
Penerbit: PTS Publishing House
Tahun: 2009
Dibaca menggunakan aplikasi Ookbee Buffet.






No comments:

Post a Comment