Sunday 1 March 2020

#KatererCinta oleh Nurul Syahida

Sumber: goodreads

Hai.Selamat bertemu kembali.

Hari ini saya akan kongsikan review novel yang bertajuk #Katerer Cinta. Penulisnya ialah Nurul Syahida yang saya kenali lewat novelnya yang bertajuk Plain Jane.

🥧🥧🥧🥧🥧🥧🥧
Review:
Walaupun jalan ceritanya menarik tetapi watak lelaki-lelaki dalam cerita ini menyakitkan hati.

Annas.Lelaki yang mementingkan diri walaupun Maira memujanya pada awal cerita.Pada awalnya dia digambarkan sebagai lelaki yang hampir sempurna.Bakal doktor dan tinggal berdua dengan ibunya setelah ayahnya meninggalkan mereka.

Setelah mengahwini Maira rupa-rupanya dia ada satu rahsia yang bakal mengubah hidup Maira.Pada pandangan saya Annas seorang lelaki yang tidak teguh pendirian.Memang tak layak memiliki wanita sebaik Maira.

Sol.Bagi saya satu watak yang menjengkelkan (mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat saya). Walaupun ada sisi baiknya dinyatakan oleh penulis tetapi saya sukar untuk mengubah perspektif saya tentang Sol.Sikapnya yang selalu mengorek rahsia perhubungan Maira dan Annas kadang-kadang kelihatan tidak sensitif langsung. 

Namun, ini sebenarnya menunjukkan penulis tersebut berjaya membuatkan pembaca turut berada dalam cerita.Pada akhir cerita penulis menunjukkan sisi lain Sol.Jadi pada saya agak okaylah kenapa dia bersikap sedemikian sebelumnya.

Maira.Watak utama dalam cerita. Seorang wanita yang cekal.Dia sanggup berhenti kerja demi menjaga ibu mertuanya sakit. Kemudian dia diceraikan pada usia yang muda. Ketabahannya meneruskan kehidupan patut dipuji.Tanpa sokongan ahli keluarga yang menganggap perceraian itu berpunca darinya Maira tetap meneruskan hidup.Mujurlah dia mempunyai rakan yang baik iaitu Hafsa.Hafsa yang mengajaknya sama-sama menceburi bidang katering.

Jalan cerita bergerak lancar. Penceritaannya diawali dengan syarikat katering Maira yang menjadi pilihan tunang bekas suaminya lalu mempertemukan mereka kembali. Kemudian berlaku imbas kembali perkahwinan dan kehidupan lalu Maira bersama Annas.

Penulis menuliskan tarikh berkaitan pada bab berkaitan.Ini mengelakkan pembaca keliru sama ada perkara itu berlaku sekarang atau imbas kembali.

Bagi saya saat yang mengharukan ketika Maira melayan ibu mertuanya yang sakit dan kemudiannya ibu mertuanya meninggal dunia.Tak terasa air mata menitis membaca saat itu.

Selain itu ada juga saat lucu.Misalnya semasa Sol sangka Maira akan mengendalikan katering  acara makan-makan yang diadakan di rumah Sol.Sebaliknya Maira menyerahkan projek itu kepada pembantunya Hani.Melepaslah Sol hendak mengorek rahsia Maira.

Menariknya juga tidak ada watak yang jahat sangat yang sanggup berbuat apa sahaja dalam novel ini. Entah kenapa dalam kepala saya membayangkan wajah Maira ini seperti Siti Saleha. Kalaulah novel ini diangkat sebagai drama bersiri, boleh tak panggil Siti Saleha berlakon?

Keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan jalan cerita novel ini kecuali sikap hero-heronya.

Saya menantikan karya terbaru daripada Nurul Syahida untuk tahun 2020.Semoga Nurul Syahida akan terus menghasilkan karya yang bermutu. Buku ini saya berikan ⭐⭐⭐⭐

Tajuk: #KatererCinta
Penulis: Nurul Syahida
Penerbit: Alaf 21
Tahun:2019
Dibaca menggunakan aplikasi Ookbee Buffet

No comments:

Post a Comment