Saturday 4 July 2020

Kembali ke sekolah: Tujuh item keperluan untuk hadapi norma baharu


Hello. Salam sejahtera semua.
Beberapa hari yang lepas KPM telah membuat pengumuman tarikh pelajar kembali ke sekolah.
Pelajar sekolah menengah tingkatan 1,2,3,4 & 6 semester 1 dan pelajar sekolah rendah tahun  5 dan 6 akan kembali pada 15 Julai.
Pelajar sekolah rendah tahun 1-4 pula akan kembali ke sekolah pada 22 Julai.

Oleh itu, di bawah saya kongsikan 7 item yang saya gunakan untuk kembali ke sekolah:

1. Pen 
Setibanya di pondok penjaga, suhu badan akan diperiksa. Nama , nombor telefon dan suhu akan dicatat. Sebaik-baiknya tulis menggunakan pen sendiri.


2. Tisu basah anti bakteria
Tisu ini penting untuk mengelap kerusi dan meja juga permukaan yang lain yang disentuh.

3. Pensanitasi tangan
Lebih baik bawa bekalan sendiri walaupun dalam kelas akan dibekalkan. Mana tahu dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah , tangan tersentuh kotoran. Boleh bersihkan menggunakan pensanitasi tangan.

4. Pelitup muka
Penggunaan pelitup muka amat digalakkan bagi mengelakkan penyebaran virus.Bawalah lebih kerana  kemungkinan tali pelitup muka yang dipakai terputus kita sudah sediakan spare.

5. Beg plastik
Kegunaan beg plastik ini ialah untuk membuang pelitup muka dan tisu yang telah digunakan. Jangan lupa ikat beg plastik dan buang ke dalam tong sampah. 

6. Tisu
Tisu ini digunakan kalau kita batuk atau bersin.Boleh juga digunakan untuk mengelap permukaan yang hendak disentuh. 

7. Alcohol swab(tiada dalam gambar)
Swab ini kecil jadi biasanya saya guna untuk  membersihkan  handphone atau kunci. Kadang- kadang kalau ke mesin ATM alcohol swab ini akan digunakan untuk mengelap papan kekunci mesin.

Itu sahaja antara senarai item yang saya gunakan. Memang nampak leceh tetapi kita harus menerima kenyataan pentingnya mengamalkan norma baharu bagi memerangi covid19. 

#PerintahKawalanPergerakanPemulihan
#staysafe

No comments:

Post a Comment