Penterjemah : Peng Jeck Mor
Penerbit: Penerbitan Pelangi Sdn Bhd
Tahun: 2018
Harga : RM12.00(SM)/ RM13.00 (SS)
Belian semasa PBAKL 2020 online x Shopee
Helo semua. Salam sejahtera dan selamat bercuti kepada anak-anak.
Sepanjang cuti ini selain menyiapkan kerja rumah dan kerja sekolah bolehlah mengisi masa dengan membaca buku atau komik.
Bagi yang pertama kali mengenali komik ini ia merupakan komik bersiri.Terdapat lebih kurang 10 buah negara yang dipaparkan dalam siri ini.

Pada kali ini saya akan kongsikan satu lagi negara dalam siri La Flora Kelilingi Dunia iaitu Brazil. Pasti anda terbayangkan hutan Amazon dan pasukan bola sepaknya yang terkenal apabila mendengar nama Brazil.
Siri ke Brazil pada kali ini akan menemukan kita dengan pelajar dari Akademi La Flora iaitu Adriana Dicazia Zanbaia. Turut serta ialah Yuri (Jepun) bersama ayahnya yang tersesat semasa melancong ke Brazil.
Banyak gelagat lucu terjadi semasa menyiapkan tugasan ini. Adriana digambarkan sebagai seorang gadis pemalu tetapi mahir dalam ilmu seni mempertahankan diri. Dia dibantu oleh Luca, seorang budak lelaki yang mahir dalam seni tarian seperti samba, tango dan sebagainya.
Setelah selesai membaca komik ini saya dapati banyak perkara menarik dan hebat di Brazil. Brazil bukan sekadar hebat kerana hutan Amazon yang luas, kopi dan bola sepak tetapi ada kehebatan lain yang jarang diketahui orang luar.
Namun, seperti biasa saya memilih tiga kehebatan yang ada di Brazil berdasarkan komik ini.
Namun, seperti biasa saya memilih tiga kehebatan yang ada di Brazil berdasarkan komik ini.
1. Guarana
Sejenis minuman diperbuat daripada buah guarana.Buah ini digelar super fruit oleh orang Brazil. Air guarana dikatakan mempunyai khasiat dan memberikan tenaga.
2. Lagenda Putera Ikan Lumba-lumba.
Sungai Amazon juga dihuni oleh ikan lumba-lumba yang terdiri daripada pelbagai warna.Paling terkenal ialah berwarna merah jambu.
Menurut lagenda putera ikan lumba-lumba bertukar menjadi manusia untuk bertemu dengan gadis kesukaannya.
3. Sungai Amazon
Menurut lagenda putera ikan lumba-lumba bertukar menjadi manusia untuk bertemu dengan gadis kesukaannya.
3. Sungai Amazon
Selain hutan Amazon, Brazil juga dikenali dengan sungai Amazon yang merupakan sungai kedua terpanjang di dunia (6437 km).Sungai ini mengalir melewati negara Peru, Brazil, Bolivia, Ecuador, Colombia, dan Venezuela.
Demikianlah serba sedikit tentang siri La Flora ke Brazil pada kali ini. Komik ini memang menarik dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan cara menghiburkan.
Komik ini sesuai dibaca oleh golongan kanak-kanak dan pembaca yang sukakan komik bermaklumat.
Komik ini sesuai dibaca oleh golongan kanak-kanak dan pembaca yang sukakan komik bermaklumat.
Selamat membaca dan selamat mengembara.
No comments:
Post a Comment