Sunday, 13 September 2020

Review Buku: From Garden to Grave (Rickie Blair)


sumber: kobo ebook
Sumber: eBook Kobo

Helo.Apa khabar semua?
Rasanya agak lama saya tidak membuat review buku. Kesibukan kerja menyebabkan saya tidak sempat membaca buku. Semalam saya telah memuat turun aplikasi eBook Kobo dan saya memilih untuk memuat turun buku di atas.
Perkara pertama menarik perhatian saya ialah kucing yang comel.Kucing tu mengingatkan saya tentang kucing saya yang ini.


Sinopsis dari belakang buku:

Verity Hawkes is a shut-in. After two years bunkered in her apartment, the only thing that gets her out is the disappearance of her beloved but eccentric aunt. As she takes over her aunt’s landscaping shop, she’ll need to go from hoarder to horticulturist in a hurry…

Her new home of Leafy Hollow is quaint, except for her most obnoxious client. When a series of freak accidents kills the customer, all signs point to Verity as the killer.

The hunt for answers is on, and Verity must question a tipsy carpenter, a bacon-peddling vegan baker, and her dreamy landscaping competitor to keep her new life afloat. Failure to find the truth could put her back in a confined space for much more than two years…(sumber: goodreads)

Review:

Ini merupakan buku pertama penulis yang saya baca. Tarikan utama selain kulit depan yang nampak comel ialah genre buku iaitu misteri thriller. Buku From Garden to Grave ini merupakan buku pertama dalam siri The Leafy Hollow Mysteries.

Saya suka watak Verity Hawkes kerana dia mahir dalam seni mempertahankan diri. Dia digambarkan sebagai wanita yang tinggi lampai dan menarik. Malangnya, suaminya Matthew telah meninggal dunia menyebabkan dia mengasingkan diri dan berhenti kerja. Cuma, penulis tidak menyatakan punca kematian mendiang suaminya. Mungkin kerana buku ini buku bersiri, punca kematiannya akan didedahkan dalam buku- buku seterusnya.

Verity kembali ke rumah makciknya Adeline Hawkes yang dilaporkan hilang. Memandangkan Verity merupakan waris terdekat maka dia terpaksa mengambil alih perniagaan landskap Adeline sekaligus tinggal di rumah makciknya yang usang iaitu Rose Cottage.

Watak yang tidak disukai ialah Virginia Skalding, seorang janda kaya yang mementingkan diri dan angkuh. Sebelum Adeline hilang, mereka berdua selalu bertelagah tetapi Virginia masih mahu menggunakan perkhidmatan landskap Adeline. Kematian Virginia menyebabkan Verity menjadi suspek. Seterusnya berlaku satu lagi kematian misteri dan Verity menjadi suspek pembunuhan mangsa kedua. Dengan bantuan Emy dan Lorne, Verity menyiasat misteri pembunuhan itu demi membersihkan namanya.

Jalan cerita tidak meleret dan dan mudah untuk difahami. Sudut pandangan orang pertama iaitu Verity menceritakan perkara yang dialaminya manakala sudut pandangan ketiga digunakan apabila penulis nenceritakan tentang watak-watak lain. Penulis bijak menimbulkan rasa ingin tahu pembaca siapa pembunuh sebenar. Saya sendiri beberapa kali  tersilap meneka siapa pembunuh sebenar. Sambil membaca sempat lagi saya mengharaiop janganlah watak kesukaan saya jadi pembunuhnya.

Setakat review ini ditulis, penulis telah menghasilkan 6 buku dalam siri The Leafy Hollow Mysteries. Saya berharap untuk membaca buku-buku seterusnya dalam siri ini. Buku ini saya berikan ⭐⭐⭐⭐.

Maklumat buku:

Tajuk: From Garden to Grave (The Leafy Hollow Mysteries #1)
Penulis:Rickie Blair
Penerbit: Barkley Books
Tahun: 2017
Halaman:313 
Dibaca menggunakan aplikasi Kobo.

No comments:

Post a Comment