Helo. selamat bertemu kembali. Syukur kerana masih diberi peluang untuk menimati tahun 2021.Semoga tahun ini akan mendatangkan kesejahteraan kepada semua.
Berbalik kepada Goodreads Reading Challenge 2020 saya target 30 naskhah dan syukur sasaran itu tercapai berbanding tahun-tahun sebelumnya tidak tercapai.
Kalau dilihat buku terpanjang yang dibaca ialah Bougainvillea karya Packy Sidique dan yang terpendek ialah Ciki Hilang! Oleh Noraminah Omar. Kebetulan kedua-duanya ialah eBook.
Tidak dinafikan faktor utama sasaran bacaan 2020 tercapai kerana berlakunya Pandemik Covid19 yang menyebabkan saya lebih banyak berada di rumah dan BDR.
Selain itu faktor kedua ialah saya banyak membaca eBook yang mana saya boleh membaca sehingga melebihi waktu tidur tanpa memerlukan cahaya lampu berbanding jika membaca buku fizikal.
Faktor ketiga kerana saya rasa termotivasi oleh buku karya Zahrah Yunos iaitu Projek Bibliofik : Melawan Mitos Bangsa Malas Membaca.Tidak dinafikan selepas selesai membaca buku tersebut, semangat membaca berkobar-kobar. Lepas satu buku, satu buku dibaca setiap kali ada masa terluang.
Untuk tahun 2021, saya menyasarkan bacaan 36 naskhah buku dengan purata 3 naskhah buku sebulan. Rasanya itu sudah memadai kerana perlu mengambil kira tahap keupayaan sendiri. Harap-harap kesihatan dan masa ada dan Tuhan yang mengizinkan.
Rasa bersemangat sebab setakat 02 Januari 2021 saya sudah menghabiskan bacaan 4 naskhah buku eBook. Keempat-empat buku itu daripada penulis yang sama iaitu Estelle Richards dan genre cozy mystery.
Rasa macam satu pencapaian bagi diri sendiri dan kagum sangat pada mereka yang dah baca lebih banyak dalam tempoh awal tahun ini. Sementara belum sibuk ni memang nak cover dulu sasaran bacaan tu.
Selamat membaca kepada semua dan semoga mencapai sasaran bacaan anda tahun 2021. Sama-samalah kita memeriahkan Dekad Membaca Kebangsaan dengan memupuk budaya membaca .
No comments:
Post a Comment