Showing posts with label Buku Prima. Show all posts
Showing posts with label Buku Prima. Show all posts

Monday, 16 March 2020

Bahan bacaan kanak-kanak: Ciki Hilang! & Tupai, Bangun!

Hai.Selamat bertemu kembali.
Sempena  cuti sekolah ini mungkin ada yang mencari bahan bacaan untuk anak-anak. 
Pada masa kini banyak syarikat penerbitan yang menerbitkan buku kanak-kanak. 

Contohnya dua buah buku kanak-kanak di bawah ialah terbitan Karangkraf. 


Saya suka buku ini kerana illustrasinya yang kemas dan cantik. Mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan yang mendapat seekor arnab sebagai hadiah. 

Nama arnab itu Ciki.Suatu hari, Ciki hilang. Puas tuannya mencari. 



Buku yang kedua pula mengisahkan Tupai dan Belatuk. Tahukah anda belatuk boleh membuat 20 patukan dalam sesaat?

Illustrasi buku ini juga cantik dan penggunaan warnanya sangat menarik.Pastinya anak-anak berminat membaca apabila melihat grafiknya. Lukisan tupai itu seakan-akan menonton dalam tv pula.

Bagaimana belatuk dapat menyelamatkan tupai? Bacalah buku ini.

Kedua-dua buku mempunyai unsur pengajaran dan bahasa mudah digunakan. Buku ini sesuai untuk kanak-kanak sekolah Tahap 1 khususnya. Ibu bapa boleh meluangkan masa membaca buku ini bersama.Pasti seronok!

Bacaan menggunakan aplikasi Ookbee Buffet.
kedua-dua buku saya beri ⭐⭐⭐⭐⭐

Sunday, 24 November 2013

Cucur Bawang & Kopi O

Google Image
Tajuk     : Cucur Bawang & Kopi O
Penulis  : Hasrudi Jawawi
ISBN     : 9789670184104
Penerbit : Buku Prima 
Tahun    : Ke-7 (2012)
Halaman : 720
Harga      :  RM 25.90 (SM)  RM28.90 (SS)




Hadirnya kau dalam hidupku membawakan sinar baru. Andainya kau tahu kumencintaimu, kupasti dirimu takkan tegar melukaiku.



Saya percaya ramai yang telah membaca novel ini. Malahan cerita ini akan ditayangkan di layar TV. Terima kasih kepada Ms Criz kerana sudi meminjamkan novel ini. Akhirnya dapat baca jugak  setelah sekian lama mengidam nak baca buku ini...

Selain penulis ini, saya mendapati banyak penulis lain yang menggunakan makanan sebagai tajuk novel. Mungkin tajuk sebegini lebih catchy dan sedap. Saya sukakan rupa kulit buku ni, ada cucur bawang dan kopi. Tak ketinggalan si teddy bear yang comel.


Friday, 15 November 2013

Venom Suria

-google image-

Tajuk        :   Venom Suria 
Penulis    :   Mazni Aznita
ISBN        :  9789670342405
Penerbit  :   Buku Prima
Tahun       :  2012
Halaman  :  692
Harga       :  RM25.90 (SM) RM28.90 (SS)





Dia dicintai dua lelaki .. Satu mahu melindungi ... Satu lagi mahu membunuhnya ...




Kesibukan kerja menyebabkan saya tidak berkesempatan membaca novel. Tetapi saya tertarik untuk membeli novel ini kerana penulisnya. Ya, saya memang menanti-nantikan karya Mazni Aznita selepas membaca novelnya yang terdahulu Street Vendetta. Bagi saya Mazni Aznita seorang penulis yang berani menampilkan jalan cerita yang berlainan. Buktinya kelahiran novel Venom Suria memaparkan cerita berunsur “thriller”.

Novel ini mengisahkan tentang Suria Baharom seorang wartawan jenayah yang terkenal yang memiliki sejarah kelahiran yang hitam. Dalam menjalankan siasatan tentang kes pembunuhan misteri beberapa orang gadis , dia telah dipertemukan dengan Izwan dan Nazrul. Izwan seorang pegawai polis dan Nazrul ialah ketua Suria di stesen televisyen KZM. Kedua-duanya mempunyai perwatakan yang berbeza.

Cerita ini bermula dengan prolog yang terbahagi kepada beberapa zaman yang lampau dan akhirnya kepada tahun semasa iaitu 2010. Banyak watak dari zaman lampau itu mempunyai kaitan dengan misteri yang disiasat oleh Suria. Jadi kena baca dengan penuh konsentrasi watak-watak tu, takut keliru pulak. Namun, usaha Suria untuk menyiasat kes tersebut mendapat tentangan daripada ayahnya dan juga ketuanya Nazrul. Kenapa mereka berdua menghalang Suria? Apakah kaitan Suria dengan mangsa-mangsa pembunuhan kejam itu?