Hai. Salam Oktober.
Hari ini saya ingin kongsikan review buku bertajuk Kertas-kertas yang Merubah Fikir.
Tajuk: Kertas-kertas yang Merubah Fikir
Penyelenggara: Najibah Abu Bakar
ISBN: 9789671579213
Penerbit: Jejak Tarbiah Publication
Tahun:2018
Harga:RM25.00
Halaman: 163
Dari belakang buku:
Himpunan kertas-kertas yang dijilid kemas, dalam dadanya tersusun aksara yang mengusung makna. Secara tradisi, kertas-kertas berjilid inilah yang menjadi buku lalu menghiasi rak dan mengisi aktiviti membaca. Di manakah keasyikannya, dan bagaimanakah aktiviti ini mampu merubah manusia? Benarkah membaca dapat memperbaharu erti kehidupan, sama ada daripada sudut perasaan, intelek, kematangan mahupun nilai kendiri?