Penulis : Suraya Ali
Penerbit: MPWS Rich Publication Sdn. Bhd.
ISBN: 9789670942124
Tahun: Mac, 2017
Halaman: 229
Halaman: 229
Harga: RM30.00 (SM)/RM35.00(SS)
Sinopsis belakang buku:
Buku ini adalah sebuah perjalanan travel dan tulis dan dikongsikan untuk individu yang mahu memulakan perjalanan kembara 6 hari ke sebuah negara bernama Jepun. [sumber: goodreads]

❦❦❦❦❦
Helo semua. Anda ada perancangan berjalan-jalan ke luar negara? Ke Jepun? Buku ini boleh dijadikan sebagai panduan jika destinasi percutian anda rancang ialah ke Jepun khususnya Tokyo.
❤❤❤❤❤
Buku ini menceritakan pengalaman penulis ke Tokyo selama enam hari. Banyak tempat dan aktiviti menarik boleh dilakukan di Tokyo dalam masa enam hari.
Pada bab awal buku, penulis menyertakan serba sedikit latar belakang Jepun dari aspek bentuk muka bumi, bahasa dan tips untuk ke sana.Turut diberikan tips menarik cara mengenal pasti rupa bentuk beg jika kita kehilangan beg setibanya di lapangan terbang.
Berikut ialah ringkasan catatan Suraya Ali sepanjang enam hari di sana:
Hari pertama:
Penulis memulakan perjalanan melihat Gunung Fuji yang terletak di Pulau Honshu. Dalam perjalanan melihat Gunung Fuji, penulis singgah di beberapa lokasi menarik seperti Healing Village dan Gotemba Premium Outlet.Penulis turut berkongsi tempat makan halal di sini iaitu Alladin Indo Restaurant yang menyajikan roti nan, kari ayam dan teh masala yang sedap.
Hari kedua:

Hari kedua perjalanan diteruskan ke Odaiba City , Madam Tussauds Japan dan Rainbow Bridge.Di Odaiba, penulis menyenaraikan beberapa tempat yang boleh dilawati seperti Venus Port, Leisureland dan Museum of Maritime Science.
Hari ketiga:
Antara lokasi dikunjungi ialah Harajuku iaitu tempat gerai-gerai menjual pelbagai fesyen terkini golongan muda. Penulis turut menyelitkan tentang kisah sedih seekor anjing bernama Hachiko yang sangat setia kepada tuannya. Patung Hachiko telah dibina berhampiran stesen Shibuya dan ramai pengunjung mengambil peluang untuk bergambar bersama patung tersebut.
Hari keempat:
Penulis berpeluang ke Asakusa sebuah bandar di Taito, Tokyo. Di sini, penulis berpeluang mencuba makanan yang banyak dijual di sepanjang jalan iaitu kentang keju. Yang menariknya, bekas plastik yang digunakan untuk membungkus makanan tadi boleh dipulangkan semula ke gerai tempat membeli makanan tadi.Kotak sampah dalam saiz yang comel turut disediakan untuk memudahkan para pelancong membuang sampah.
Hari kelima:
Sekiranya ingin menikmati keindahan bunga sakura, Euno Park adalah tempat yang paling sesuai. Semasa penulis ke sana, musim bunga baru bermula jadi tidak banyak pokok sakura yang berbunga. Penulis turut menceritakan keunikan kimono iaitu pakaian tradisi orang Jepun.
Hari keenam:
Penulis telah berkunjung ke Akihabara yang juga dikenali sebagai Kota Elektrik kerana banyak bangunan menjual barangan elektrik dan permainan.Selain itu, penulis telah berkunjung ke Roppongi dan Nichitsu Town Ghost iaitu beberapa perkampungan yang terbiar kosong.

⚘⚘⚘⚘⚘
Kesimpulannya, banyak tips menarik dan budaya Jepun yang dipaparkan dalam buku ini. Selain itu, penulis turut menyertakan banyak foto kenangan beliau ketika di sana. Penulis menceritakan pengalaman beliau di sana secara santai dan bahasa yang mudah difahami. Gaya penulisan juga membolehkan kita turut membayangkan keadaan di sana. Pembahagian bab-bab mengikut hari juga memudahkan pembaca untuk mengikuti catatan perjalanannya. Alangkah baiknya jika semua foto berwarna kerana foto hitam putih kelihatan kurang jelas.Buku ini sesuai dibaca kerana disertakan tips yang baik jika anda ingin melancong ke Jepun. Semoga penulis akan terus menghasilkan karya yang bermutu.Saya berikan buku ini ☆☆☆1/2 .
No comments:
Post a Comment