Sumber imej: Klik di sini |
Memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak biarlah dari peringkat awal. Malah anak-anak seawal peringkat bayi boleh didedahkan dengan budaya membaca. Pada peringkat bayi, sudah pasti mereka belum mengenal huruf. Tetapi ibu bapa atau penjaga boleh membacakan buku cerita kepada bayi tersebut. Kemudian, anak-anak yang lebih berusia juga boleh diperkenalkan dengan buku-buku bergambar atau komik sebelum beralih kepada buku cerita yang mengandungi lebih banyak perkataan.
Namun, ibu bapa tidak perlu memaksa anak-anak untuk membaca. Ibu bapa juga perlu bersabar jika pada peringkat ini anak-anak enggan membaca buku lantas menghukum mereka. Hal ini mungkin akan menyebabkan mereka mengaitkan membaca itu sebagai satu beban dan bukannya keseronokan. Sebaliknya jadilah contoh suka membaca di depan anak-anak secara konsisten.Luangkan masa untuk membaca walaupun hanya akhbar sahaja. Anak-anak kecil suka mengajuk perbuatan ibu bapa mereka. Pada hujung minggu atau cuti sekolah bawalah anak-anak mengunjungi perpustakaan atau ke kedai buku. Secara tidak langsung, mereka akan mula rasa keseronokan membaca jika dimulakan oleh ibu bapa.
"Membaca jambatan ilmu"
No comments:
Post a Comment