Tajuk: T For Teacher- Navigating The School Front
Penulis : Cheryl Ann Fernando
Penerbit: MPH Publishing
ISBN:9789674154103
Tahun: 2017
Halaman: 215
❀❀❀❀❀❀❀
Sinopsis belakang buku:
In 2012, Cheryl Ann Fernando resigned from her job and left Kuala Lumpur to teach in Sungai Petani, Kedah.
It felt idealistic and romantic and she truly believed that she would make a great teacher—until she stepped into a classroom and found reality to be far from what she imagined.
T FOR TEACHER chronicles her three years of mayhem, tears and tiny glimpses of success. It is one person’s honest and heartwarming reflection on entering the classroom with no teaching experience and trying her very best to make a difference in the lives of her students. [sumber:goodreads]
❀❀❀❀❀❀❀
Sedar tak sedar ada beberapa hari lagi sebelum sesi persekolahan akan bermula. Mungkin masih ramai yang dalam mood raya. Tapi tak apalah, boleh juga melihat-lihat keperluan sekolah anak-anak yang mungkin sudah berkuang. Pastikan juga kerja sekolah anak-anak telah siap juga sebelum sesi persekolahan bermula.
Kali pertama saya melihat buku ini, hati saya tertarik. Saya membelek-belek buku ini dan hati sudah terpaut untuk membacanya. Penulisan ini berkongsi persepsi seorang guru yang berada di sekolah menengah. Rasanya saya belum pernah menemukan kisah guru di sekolah menengah menyebabkan saya mengambil keputusan untuk membelinya.
Buku ini dibahagikan kepada penulisan Cheryl Ann di dalam blognya dan juga kumpulan esei yang ditulisnya dalam The Malaysian Insider. Daripada penulisannya, saya dapat merasakan passion penulis dalam bidang pendidikan. Banyak kisah pahit manisnya sepanjang dua tahun beliau di sekolah tersebut diceritakan semula dalam buku ini. Air mata saya turut menitis apabila dia menceritakan tentang kisah pelajarnya yang meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.
Selain itu, kisah pelajarnya yang berjaya mendapat tempat top 5 dalam pertandingan choral speaking yang melibatkan 20 buah sekolah. Turut dipaparkan tentang masalah keciciran pelajar yang tidak dinafikan masih lagi berlaku ekoran masalah ekonomi keluarga dan bukannya di sekolah penulis sahaja. Hal ini amat menyedihkan kerana dalam usaha kita ingin mencapai status negara maju, masalah sebegini masih wujud.
Buku ini turut menarik untuk dibaca kerana disertakan juga dengan foto-foto yang diambil semasa guru mengajar sekolah tersebut. Jadi, tidaklah rasa membosankan jika hanya melihat teks sahaja. Selain itu, saya amat bersetuju dengan kebanyakan buah fikiran yang diutarakan oleh penulis dalam buku ini berkaitan dengan masalah dunia pendidikan.
Mungkin kita perlukan lebih banyak generasi muda seperti penulis. Generasi yang sanggup meninggalkan kesenangan dan pendapatan yang lebih lumayan semata-mata mahu ikut serta dalam membentuk generasi anak -anak yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang. Sesiapa yang berminat bolehlah melayari laman sesawang Teach For Malaysia di sini.
Beberapa petikan dalam buku ini yang menarik perhatian saya:
"Semua orang dalam dunia ini boleh belajar apa sahaja mereka nak! Teacher ada banyak kawan Melayu. DEPA ( cue laughter from the entire class at my attempt to use their dialect) boleh cakap Bahasa Inggeris, Spanish,Tamil,Mandarin dan macam-macam lagi.Kamu pun boleh!" [Hal. 56]
"As teachers and as leaders, it is not enough to give them knowledge and tell them how to use it. We should be teaching them to create new knowledge for their own generation." [Hal. 136]
"...As a teacher, I have a responsibility, to the nation and to myself, to ensure my students turn out to be useful members of society. As a teacher, it didn't matter where I was sent or who I was teaching, it only mattered that I carried out my duties as an educator. " [Hal. 154]
Kesimpulannya, apabila anda berasa putus asa atau kecewa dengan sikap anak didik anda, ambillah buku ini dan bacalah. Buku ini memberi inspirasi kepada para guru agar terus mendidik anak bangsa tanpa mengenal jemu dan lelah.
No comments:
Post a Comment