Friday 7 September 2018

Membeli buku online di Bookxcessonline.com


Helo.

Bulan lepas saya telah melayari laman web Bookxcessonline.
Kebetulan ada novel yang saya berkenan. Apa lagi  saya terus membuat pesanan. Cara pembayaran pun senang.Guna kad debit sahaja.Tracking number diemelkan selepas selesai urusan pembayaran.Kos penghantaran berdasarkan berat buku kalau tidak silap.

Selepas lebih seminggu, ejen kurier pun mesej memaklumkan pesanan saya dah sampai.
Kurier yang digunakan ialah Gdex.

Berbanding dengan syarikat buku lain sebelum ini, Bookxcessonline menggunakan kotak untuk pembungkusan.Buku-buku tersebut juga tidak dibalut dengan bubble wrap tetapi dialas dengan kertas dan plastik biasa. Semua buku itu diterima dalam keadaan baik walaupun dikatakan akan ada buku yang mungkin kondisinya kurang baik.

Keseluruhannya,saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.Saya berharap agar urusan seterusnya akan berjalan lancar.

Tajuk buku yang dipesan boleh rujuk dalam entri ini.


No comments:

Post a Comment