Monday, 30 September 2019

Review mini : Lagi-lagi Cerita Bilik Guru


🍎🍎🍎🍎🍏🍏🍏🍎🍎🍎🍎

Hai.
Bertemu kembali.

Kali ini saya ingin kongsikan review mini buku bertajuk Lagi-lagi Cerita Bilik Guru. Penulis buku ini melibatkan lima orang guru yang dari latar belakang berbeza. Dua daripada guru tersebut pernah menulis buku secara solo iaitu Fadli Salleh dan Shahidan Shuib. Review buku mereka boleh baca di sini.


Dari belakang buku:
"CIKGU BUKAN SEKADAR MENGAJAR A,B,C. GURU SEJATI MENDIDIK PEKERTI."
CIKGU FADLI SALLEH

"BUDAK-BUDAK, KALAU KITA KATA NAK CERITA PASAL HANTU, MASING-MASING MELOPONG TAK SABAR NAK DENGAR. TAPI AKU RASA KAU YANG TUA PUN SAMA, KAN? JADI, KALI NI AKU NAK CERITA KISAH DI TEMPAT AKU. BEGINI KISAHNYA..."
CIKGU SHAHIDAN SHUIB

"BERI RUANG UNTUK ANAK-ANAK KITA BELAJAR DAN BERI KESEMPATAN UNTUK GURU MENDIDIK ANAK-ANAK INI DENGAN SELESA. SAMPAI MASA KITA AKAN LIHAT BAGAIMANA PERUBAHAN ANAK-ANAK KITA."
CIKGU REYNA IBRAHIM

"MURID-MURID INI MEMANG LUMRAH MEREKA BERMAIN, TAK KIRA MASA, TAK KIRA TEMPAT. KITA YANG TUA INILAH PERLU BERI LEBIH PERHATIAN. KALAU DI RUMAH, MEREKA MILIK IBU BAPA. DI SEKOLAH PULA, CIKGU SEPERTI AKU INILAH YANG PERLU TENGOK-TENGOKKAN MEREKA."
CIKGU FIRDAUZ ABDULLAH

"JADI CIKGU, SELAIN KENA PANDAI MEMBEBEL, KAU JUGA KENA PANDAI CARI JALAN UNTUK COVER BENDA-BENDA MEMALUKAN YANG KAU DAH BUAT."
CIKGU NURAIN SABRINA
Sumber: goodreads


🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎

Sebenarnya buku ini saya baca dalam bulan Mei yang lepas.Jadi agak ingat-ingat lupa ceritanya. Buku ini salah satu naskhah yang dibeli semasa PBAKL 2019. 

Bagi saya apa-apa buku tentang dunia pendidikan memang tidak akan pernah membosankan kerana akan ada sahaja perkara baru yang akan kita jumpa.

Banyak kisah menarik yang dikongsikan oleh para penulis. Selain itu banyak pengajaran yang boleh djadikan sebagai ikhtibar. Antaranya ialah :


  • Telatah anak-anak comel yang ingin menolong cikgu yang kurang sihat.
  • Proses pembelajaran bukan setakat membaca buku dan menulis semata-mata. Itulah mindset yang perlu diubah.
  • Budak-budak suka guru bercerita lebih-lebih lagi kalau Cerita Seram.
  • Silap kanak-kanak yang suka berkongsi barang-barangnya seperti alat tulis dan makanan. 
  • Komen guru semasa menanda buku pelajar dapat menjadi inspirasi kepada pelajar.
  • Guru yang berjiwa guru.
  • Lapangkan minda dan hati dalam melakukan kerja.
  • Kecemerlangan memerlukan kerjasama semua pihak.

Membaca kembali buku ini menimbulkan kesedaran kepada saya. Saya sangat mencadangkan buku ini untuk dibaca oleh golongan pendidik. Apabila kita rasa lelah dengan karenah pelbagai pihak. Bacalah buku ini.  Mungkin dapat memberikan inspirasi dan semangat yang baru kepada anda.

Tahniah kepada semua penulis Lagi-lagi Cerita Bilik Guru.
Saya berharap agar dapat membaca pula kisah-kisah guru yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak dalam penerbitan akan datang.

Buku ini saya berikan ☆☆☆☆1/2


🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎

Maklumat buku:

Tajuk: Lagi-lagi Cerita Bilik Guru
Penulis: Fadli Salleh, Shahidan Shuib, Firdauz Abdullah, Reyna Ibrahim, Nurain Sabrina
ISBN: 9789672062462
Penerbit: Komrad Buku
Tahun: Mei 2019
Halaman: 224 
Harga: RM25.00 (SM)/RM28.00(SS)




No comments:

Post a Comment