Hai. Salam Oktober.
Hari ini saya ingin kongsikan review buku bertajuk Kertas-kertas yang Merubah Fikir.
Tajuk: Kertas-kertas yang Merubah Fikir
Penyelenggara: Najibah Abu Bakar
ISBN: 9789671579213
Penerbit: Jejak Tarbiah Publication
Tahun:2018
Harga:RM25.00
Halaman: 163
Dari belakang buku:
Himpunan kertas-kertas yang dijilid kemas, dalam dadanya tersusun aksara yang mengusung makna. Secara tradisi, kertas-kertas berjilid inilah yang menjadi buku lalu menghiasi rak dan mengisi aktiviti membaca. Di manakah keasyikannya, dan bagaimanakah aktiviti ini mampu merubah manusia? Benarkah membaca dapat memperbaharu erti kehidupan, sama ada daripada sudut perasaan, intelek, kematangan mahupun nilai kendiri?
Begitu pertanyaan-pertanyaan kecil pada awalnya, akhirnya membentuk kemunculan buku ini. Sekumpulan rakan pelbagai latar di forum Goodreads Malaysia yang sama-sama mencintai buku, menurunkan pengalaman "membaca" mereka ke atas kertas. Ramai antara mereka pernah menghasilkan karya-karya yang jauh lebih besar, dan begitu gembira dapat menyumbangkan buah fikiran masing-masing untuk buku yang sederhana ini.
Hasilnya, 21 karya dengan rempah-ratus enak yang dimuatkan dalam naskhah ini bakal membawa pembaca ke dunia buku melalui sorotan pengalaman "membaca" itu sendiri. Di samping memperkenalkan buku-buku yang telah "memerangkap" rakan-rakan Goodreads Malaysia, pembaca turut dibawa ke daerah buku yang penuh dengan misteri dan keunikan. Sudah bersedia?
📚📚📚📚📚📚📚
Saya tertarik untuk mendapatkan buku ini apabila membaca review buku ini di sebuah blog. Buku ini lain dari yang lain kerana ia menceritakan pengalaman para penulisnya dengan buku dan aktiviti membaca mereka.
Jadi apabila saya berkesempatan untuk ke PBAKL 2019, saya terus ke reruai Iman Shoppe untuk mencari buku ini. Pada awalnya agak sukar juga mencarinya sebab reruai tersebut agak sesak dengan para pengunjung. Akhirnya saya berjaya menemukan buku tersebut setelah mencari-carinya beberapa ketika.
Buku ini ditulis oleh 21 orang penulis dan dibahagikan kepada 4 iaitu:
1. Kertas-kertas Penyimpan Jiwa
2. Kertas-kertas Pengubah Hidup
3. Kertas-kertas yang Menjadi Emas
4. Kertas-kertas Peneman Suri
📕📕📕📕📕
Membaca buku ini mengembalikan nostagia kepada diri saya. Saya boleh simpulkan kebanyakan penulis ini lahir sezaman dengan saya berdasarkan buku-buku bacaan mereka seperti karya Enid Blyton, Siri Salma , Siri Anak-anak Hadi dan banyak lagi.
Berbagai cara minat membaca boleh tumbuh dalam seseorang. Ada yang minat membaca kerana persekitaran keluarga dan ada juga yang minat membaca lahir dari diri sendiri . Genre bahan bacaan juga ada pelbagai. Ada yang suka novel cinta, fantasi, agama, dan ada juga yang memilih komik sebagai genre bacaan kegemaran.
Saya berharap agar setiap orang dapat membaca buku ini sekurang-kurangnya sekali terutamanya anak-anak muda. Bahasa yang digunakan amat menarik hati dan mencerminkan tingginya kecintaan para penulisnya tentang minat membaca.
📖📖📖📖📖📖📖
Antara kutipan kata-kata yang saya suka dalam buku ini ialah:
"Saya fikir,dunia membaca bermula dengan kesunyian. Lalu untuk mengatasi hari-hari sunyi, sekiranya kita manusia yang memilih menjadi positif, buku ialah teman pengubatnya. " [Hal. 9]
"Membaca, dan menjadi pembaca sejati, memang bukan suatu perkara yang mudah."
(Hal. 23)
Buku ini saya berikan ⭐⭐⭐⭐

Buku tidak akan pernah meninggalkan kita, kecuali apabila kita yang memilih untuk meninggalkannya. (Hal. 60)
Peranan ibu bapa dan persekitaran juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan genre pembacaan dan juga minat anak-anak.(Hal. 75)
Membaca pada saya samalah seperti mengembara. (Hal. 116)
Dengan membaca, saya diperkenalkan dengan pelbagai sisi dunia dan pelbagai watak manusia. (Hal. 157)
Buku ini saya berikan ⭐⭐⭐⭐
No comments:
Post a Comment