Thursday 3 October 2019

Jalan-jalan di Pasar Seni : Mini Book Haul


Hai semua.
Bulan lepas jalan-jalan di Central Market @ Pasar Seni.Tujuan utama bukanlah untuk mencari buku tetapi memang tidak sah kalau tidak singgah di kedai buku.




Sudah pasti pengunjung ke Pasar Seni tahu kedai buku yang dimaksudkan itu.Kedai tersebut merupakan kedai menjual buku terpakai.

Semasa saya ke sana, kedai tersebut penuh dengan novel English genre romantik. Nak masuk pun tak boleh ramai-ramai kerana semua ruang yang ada dipenuhi oleh buku-buku.

Saya pada awalnya sekadar melihat-lihat sahaja.Tiba-tiba pandangan saya tertumpu kepada satu buku.Biru Ungu Cinta! Salah satu buku yang saya cari selama ini.Walaupun warnanya sudah agak kekuningan saya ambik juga.Harganya RM17.90. Untuk reviewnya boleh baca di sini.

Alang-alang membeli buku, saya mencari novel-novel Inggeris tulisan Ali McNamara.Tapi hampa.Tiada.

Saya ternampak buku bersiri My Sister the Vampire.Eh macam menarik pulak! Sampulnya yang berwarna ungu dengan ilustrasi yang comel menangkap pandangan.  Setelah membaca sinopsis sepintas lalu saya membeli dua naskhah untuk puteri saya. Buku tersebut berharga rm9.00 senaskhah. Harap-harap dia suka buku tersebut. Itupun dalam keadaan yang agak tergesa-gesa sebab ada kawan sedang menunggu. Pada masa itu ada lebih kurang 6 naskhah lagi.

Maka ini sahaja book haul mini saya sempena jalan-jalan di Pasar Seni kali ini.


Sehingga bertemu kembali.Bye.



No comments:

Post a Comment