Helo semua.
Selamat bertemu kembali.
Kalau anda masih ingat, bulan September ke awal Oktober lepas jualan cybersale telah berlangsung. Jadi saya pun melihat lihat beberapa laman web buku. Saya ternampak beberapa tajuk buku yang menarik minat saya.
Akhirnya buku-buku tersebut tiba setelah beberapa hari membuat pesanan. Tak sangka pula secepat itu. Terima kasih kepada bookcafe.com.my kerana servis yang cekap dan pantas.
⇩
⇩
⇩
Seperti biasa, buku-buku tersebut dibalut dengan "bubble wrap" untuk mengelakkan kerosakan. "Bubble wrap" itu saya simpan dan pesan dengan puteri saya untuk diberi kepada sepupu-sepupunya di kampung. Ingat lagi masa kecil dulu, suka sangat memicit "Bubble wrap" tu. Eh! melalut pula.
Tanpa melengah-lengahkan masa, inilah buku-buku yang dipesan dari bookcafe.com.my.
⇩
⇩
⇩
⇩
⇩
⇩
1. Certot #1 Antologi Cerita Kontot
Antologi cerita kontot yang pertama ini menampilkan penulis muda berusia 7-12 tahun. Terdapat 21 judul certot dalam buku ini.
2. Miss Kpop Lawan Che Mek Molek (Ain Maisarah & Hazira Hanapi)
Penulis yang tidak asing lagi terutama dalam kalangan kanak-kanak. Sebelum ini saya pernah membeli beberapa naskhah buku Siri Lawan. Buku ini dijual dengan harga RM4.00 sahaja.
Buku ini mengisahkan perlawanan antara budaya Melayu dan budaya Korea dalam kalangan pelajar Sekolah Sri Bangsar.
3. Sayang Nini (Saridah Hamid & Reja)
Buku Young Aisyah. Buku ini mengisahkan kucing Aisyah yang bunting dan bagaimana Aisyah teruja kerana menjadi "mak cik kucing"
4. Gadis Novel Lawan Budak Komik (Ain Maisarah & Khairil Kamarudin)
Gadis Novel Lawan Budak Komik mengisahkan perlawanan antara pengerusi Kelab Novel dan pengerusi Kelab Komik mempertahankan kelab masing-masing.
5.I'm A Backpacker: Turkey (Shafiq Shafie)
Buku ini dibeli dengan harga RM20.00.Ada diskaun RM5.00. Kalau tak dapat pergi ke Turki pun, dapat baca pengalaman orang yang sudah ke sana pun jadilah.
6.I'm A Backpacker: Japan (Kamal Zharif)
Saya menyimpan angan-angan hendak ke Jepun jika diizinkan dari segi kewangan dan kesihatan. Sementara tu, baca buku tentang pengalaman orang lain ke Jepun untuk mendapatkan mood.
7.Young Aishah #1 Hari Kantin (Reja)
Persiapan Aisyah dan rakan-rakan menghadapi Hari Kantin diceritakan dalam bentuk komik.
8. Tiga naskhah buku aktiviti Boiboiboy
Ketiga-tiga buku ini ada diskaun.
9. Resepi dari Kari
Sebenarnya dah blur nak pesan buku apa lagi. Kebetulan ada buku resepi ini. Maka, pesanlah satu.
Kesemuanya ada 11 naskhah yang dipesan dan sebenarnya buku saya hanya ada tiga naskhah sahaja iaitu buku travelog dan buku resipi. Selebihnya untuk puteri saya dan anak-anak buah.Harap-haraplah mereka akan suka buku-buku tersebut dan membacanya.
Memandangkan nilai pesanan saya melebihi RM99.00, maka bayaran penghantaran adalah percuma. Selain itu, satu buku percuma akan disertakan. Yeayy!!
Sebenarnya bookcafe.com.my memang ada banyak bahan bacaan untuk semua lapisan umur termasuk kanak-kanak. Jadi, bagi ibu bapa yang masih mencari-cari bahan bahan untuk anak-anak bolehlah melayari laman web bookcafe.com.my.
Saya berharap agar penerbit PTS , Blink dan penerbit lain akan terus menghasilkan buku-buku bermutu untuk pembaca kanak-kanak.
Sekarang ni saya sedang menunggu ketibaan buku pesanan dari dua laman web lagi. Harap-haraplah semuanya dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment