Thursday, 19 December 2019

Review Mini Buku: Daisy's Vintage Cornish Camper Van

Tajuk: Daisy's Vintage Cornish Camper Van
Penulis:Ali McNamara
ISBN:9780751566239
Penerbit:Sphere
Tahun:2018
Halaman:362
Harga: RM25.01(Book Depository)




Sinopsis:
When Ana inherits a broken-down camper van from her best friend, she takes the chance for a quick trip to Cornwall - some sea air and fish and chips on the beach is just the tonic she needs.


But St Felix has bigger plans for Ana. She discovers a series of unsent postcards, dating back to the 1950s, hidden in the upholstery of the van. Ana knows that it's a sign: she'll make sure that the messages reach the person that they were meant for. And as the broken-down van is restored to gleaming health, so Ana begins to find her way back to happiness.
(Sumber:Goodreads)
Mini review:

Sebaik sahaja buku ini tiba, saya tidak sabar untuk membacanya.Bab-bab awal saya dah baca melalui Amazon. 

Kisahnya bermula dengan Ana menerima sebuah van dari wasiat teman baiknya Daisy.Maka dia pun pergi ke St. Felix untuk mengambil van tersebut. Kali pertama dia melihat van tersebut  dia tidak ada perancangan apa-apa tentang kegunaan van tersebut. Mekanik yang bernama Malachi memberikan beberapa cadangan untuk proses pembaikpulihan van tersebut. 

Semasa memeriksa van tersebut, Ana terjumpa beberapa keping poskad yang tidak dihantar bertarikh tahun 1950an.Hal ini menyebabkan Ana mempunyai misi untuk menyerahkan poskad-poskad itu kepada pemilik asalnya. Dalam misi mencari pemilik poskad tersebut, Ana berkenalan dengan Noah, pemilik kedai barang antik di St. Felix.

Adakah Ana akan berjaya dalam misinya?Semua terjawab dalam buku ini. 

Mungkin sudah biasa membaca buku Ali McNamara menyebabkan saya dapat menjangka tentang plot twistnya. Ternyata dugaan saya tidak meleset.

Secara keseluruhan jalan ceritanya menarik dan penuh magik.Pembaca akan rasa ingin tahu tentang kisah seterusnya dan meneruskan bacaan. Selain itu ada unsur humor menyebabkan pembaca tidak bosan membacanya. Penulis juga turut menyelitkan rasa kasih sayang terhadap sesama insan dan sikap tidak mementingkan diri.

Saya tidak pernah bosan menatap kulit buku ini yang cantik dan nampak tenang. Penulis turut menggambarkan suasana di St Felix dengan baik sekali. Seolah-olah kita turut dapat menikmati suasana di tepi pantai St Felix dan deretan kedai-kedai di sana.

Kalau anda sukakan bahan bacaan santai , bolehlah dapatkan buku ini. 
Buku ini saya berikan ✰✰✰✰✰


No comments:

Post a Comment