Tajuk: Tanah Andriyana
Penulis: Noor Suraya
ISBN:9789670851990
Penerbit: Jemari Seni
Tahun:2018
Halaman:576
Harga:RM35.00 (MPH)
Kalau penulis barat kegemaran saya sekarang ialah Ali McNamara. Penulis tempatan kegemaran saya pula ialah Noor Suraya. Bagi saya, karya-karyanya sentiasa malar segar dan penggunaan bahasanya yang puitis. Satu kerugian bagi sesiapa yang tidak pernah membaca karya Noor Suraya.
Penulis: Noor Suraya
ISBN:9789670851990
Penerbit: Jemari Seni
Tahun:2018
Halaman:576
Harga:RM35.00 (MPH)
Bayang-bayang pun tidak pernah setia, datang gelap hilanglah ia ...
Kalau penulis barat kegemaran saya sekarang ialah Ali McNamara. Penulis tempatan kegemaran saya pula ialah Noor Suraya. Bagi saya, karya-karyanya sentiasa malar segar dan penggunaan bahasanya yang puitis. Satu kerugian bagi sesiapa yang tidak pernah membaca karya Noor Suraya.
Membaca Tanah Andriyana memberikan satu rasa kepada saya yang berkata inilah sebab saya suka membaca.Karya-karya sebeginilah yang menyebabkan saya tidak jemu membaca novel bahasa melayu walaupun ada yang memandang enteng tentang novel bm.Buku yang setebal ini saya baca dalam masa dua hari sahaja.
Penggunaan warna kulit buku juga nampak bersih dan menarik.Rasanya basikal itu menunjukkan basikal yang digunakan Aliya untuk ke pantai.
Penggunaan warna kulit buku juga nampak bersih dan menarik.Rasanya basikal itu menunjukkan basikal yang digunakan Aliya untuk ke pantai.
Kisah Tanah Andriyana membawa pembaca kepada pertelingkahan antara dua keluarga yang berpunca daripada fitnah. Pertelingkahan zaman berzaman sehingga ke masa kini menyebabkan Aliya dan Hadi turut bermusuhan. Namun minat yang sama dalam bidang lukisan menyebabkan mereka melupakan permusuhan keluarga.
Jalan cerita agak lancar memudahkan pembacaan.Penulis turut menyelitkan beberapa rangkap pantun dan unsur humor. Apa yang menarik bagi saya penulis turut menyelitkan nilai-nilai murni seperti adab apabila bercakap dengan orang tua.Perkara yang nampak mudah tetapi kita lupa untuk amalkan.
Saya suka watak Aliya yang digambarkan sebagai gadis bersifat tomboy semasa kecil. Pelajar jurusan undang-undang yang bersifat degil tetapi sentiasa mengikut kemahuan ayahnya.Minatnya dalam bidang seni lukisan diwarisinya dari moyangnya, Andriyana.Malahan, wajahnya digambarkan mirip wajah Andriyana.

Carta salasilah keluarga Andriyana dan Fitri turut disediakan memudahkan untuk pembaca mengenalpasti susur galur keluarga tersebut. Jadi bila rasa agak keliru tentang watak-watak dalam novel, boleh rujuk carta itu.
Kalau tidak menitis air mata membaca novel Noor Suraya memang tidak sah. Walaupun kisahnya tidaklah sesedih kisah Seera dalam Biru Ungu Cinta. Paling sedih ialah Andriyana yang kehilangan Fitrinya angkara sikap manusia yang cemburu dan tamak. Namun, Andriyana tidak pernah berdendam malah berpesan kepada anaknya Manjalara agar hubungan kedua-dua keluarga itu dipulihkan.
Pada lembaran terakhir novel, tertulis catatan penulis tentang 100 hari tanpa D. Takziah kepada Noor Suraya. Saya masih berharap agar penulis akan terus berkarya dan saya menantikan karya terkini Noor Suraya.
Buku ini saya berikan ⭐⭐⭐⭐⭐
No comments:
Post a Comment