sumber:Laman Web Fixi |
Hai.Selamat bertemu kembali.
Semalam saya masih meneruskan bacaan menggunakan aplikasi Ookbee Buffet.Buku yang dipilih ialah Pakar tulisan Nadia Khan.
Mula-mula saya mahu membaca sekejap sahaja sementara menunggu masa tidur. Tanpa disedari rasa ingin tahu menyebabkan saya meneruskan bacaan sampai habis.
Pakar memuatkan dua novella iaitu Agensi Curi Jodoh dan Pakar Sakit Hati. Buku ini merupakan karya pertama Nadia Khan yang saya baca.
❤❤❤
Agensi Curi Jodoh.
Agensi milik Rouk yang mengurus kes Liya yang menyimpan perasaan terhadap majikannya sendiri iaitu Khairy. Namun, Khairy telah mempunyai teman wanita, Julia.
Rouk mengarahkan dua pekerjanya yang paling top untuk membantu Liya.
Erin dan Ben pun mula menjalankan misi mereka mendapatkan maklumat tentang Khairy dan Julia. Bagi menjayakan misi, Ben merapati Julia dan Erin pula membimbing Liya agar menjadi wanita idaman Khairy.
Adakah misi menemukan jodoh Liya dan Khairy akan berjaya? Apatah lagi wujud konflik kepentingan antara Erin , Ben dan Julia.
❤❤❤
🕴🏻🕴🏻🕴🏻🕴🏻
Pakar Sakit Hati.
Dua orang rakan iaitu Dr Sandra dan Dr Maxfuz yang membuka klinik kaunselling. Kedua-duanya menggunakan pendekatan berbeza dalam menangani pelanggan mereka.
Kes Nina yang diuruskan oleh Dr Maxfuz menarik perhatian saya. Namun, pengakhirannya dapat diduga apabila Dr Max membuat house call dan melihat stokin yang dibuang merata-rata.
Manakala Dr Sandra pula perlu menguruskan kes Fairuz yang mahu membunuh isterinya. Adakah Dr Sandra dapat menghalang niat Fairuz?
Novella ini turut mengimbas kembali masa lalu Dr Sandra dan Dr Max secara berasingan. Mereka juga tidak dapat lari daripada masalah peribadi yang memberi kesan kepada kehidupan mereka.
Bagi saya kedua-dua jalan cerita ini menarik. Walau bagaimanapun saya berpendapat ending Agensi Curi Jodoh agak pantas. Mungkin penulis ada sebab tersendiri.Kesian Julia, Ben dan Erin. mungkinkah ada sambungan untuk Agensi Curi Jodoh?
Pakar Sakit Hati pula menarik kerana plot twistnya. Penggunaan terma psikologi yang mungkin agak asing tetapi masih dapat difahami.
🕴🏻🕴🏻
Buku ini sya berikan ⭐⭐⭐⭐

✍🏻✍🏻✍🏻
Tajuk: Pakar
Penulis: Nadia Khan
Penerbit: Buku Fixi
Tahun: 2015
Halaman:212
Halaman:212
No comments:
Post a Comment