Saturday, 29 February 2020

Anugerah Kulit Buku Cantik (PBAKL 2020)

Hai semua. 
Selamat bertemu kembali pada tarikh yang 4 tahun sekali ditemui.

Pada awalnya saya bercadang untuk berkongsi review novel yang saya telah baca. Tetapi otak ini rasa penat.Mungkin sebab minum kopi di siang tadi.Saya lebih kepada Teh Ais.Apabila sekali-sekala minum kopi , kepala rasa pening pula.

Jadi hari ini saya akan kongsikan tentang Anugerah Kulit Buku Cantik bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020. Bagi memeriahkan lagi PBAKL 2020, penganjur telah mengadakan pertandingan Anugerah Kulit Buku Tercantik. Anda boleh membuat undian di laman ini.


Selain membuat undian, anda boleh membuat pencalonan kulit buku cantik terbitan tahun 2019 dan 2020.Tarikh pencalonan dan pengundian bermula 18 Feb dan berakhir pada 23 Mac.

Saya sudah melawat laman web tersebut dan banyak kulit buku yang cantik.Rambang mata pula membuat pilihan.Sebenarnya anugerah seperti ini amat baik.Boleh menjadi serampang dua mata kerana 1. pengundi boleh mengetahui kewujudan buku-buku terkini yang ada di pasaran. 2. memberi pengiktirafan kepada pihak terbabit yang menghasilkan kulit buku yang cantik.

Apabila mengunjungi laman web itu barulah saya menyedari banyaknya buku pelbagai genre yang diterbitkan pada tahun 2019-2020.Ada buku yang menarik minat saya dan sudah pun masuk dalam wishlist saya.

Berikut antara contoh kulit buku yang dipertandingkan.Kulit buku ini saya ambil secara rawak sahaja.











Apa tunggu lagi, mari membuat undian Kulit Buku paling cantik di laman web rasmi Pesta Buku Antarbangsa Kuala Lumpur 2020 di sini.

Selamat mengundi!




No comments:

Post a Comment