Showing posts with label PBAKL 2020. Show all posts
Showing posts with label PBAKL 2020. Show all posts

Thursday, 30 July 2020

Book Haul di PBAKL 2020 online


Hai semua. 
Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Hari ini saya akan kongsikan book haul pada bulan Julai. 
Awal Julai yang lepas saya telah membeli buku secara online sempena PBAKL 2020 Online melalui Shopee.

Sunday, 15 March 2020

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 Ditangguhkan

PENGUMUMAN PENANGGUHAN PENGANJURAN PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2020
====================================

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Induk PBAKL 2020 bertarikh 6 Mac 2020 sebulat suara memutuskan perkara-perkara yang berikut:

1. PBAKL 2020 di World Trade Centre Kuala Lumpur DITANGGUHKAN sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kelak;

2. PBAKL 2020 ATAS TALIAN akan dilancarkan dan berlangsung pada tarikh yang sama iaitu pada 27 Mac- 5 April 2020.

Sekian, dimaklumkan.

MOHD KHAIR BIN NGADIRON
Pengerusi JK Induk
Pesta Buku Antarabangsa
Kuala Lumpur 2020
Sumber: laman web KLIBF
Keadaan semasa tidak mengizinkan PBAKL 2020 berlangsung pada tarikh yang telah ditetapkan.Namun, para pencinta buku janganlah berasa gusar.Anda masih boleh mendapatkan buku-buku idaman secara atas talian.
Antara penerbit yang boleh dikunjungi secara atas talian ialah:

1. Book cafe

2. KataPilar Book 

3.Imanshoppe



Saturday, 29 February 2020

Anugerah Kulit Buku Cantik (PBAKL 2020)

Hai semua. 
Selamat bertemu kembali pada tarikh yang 4 tahun sekali ditemui.

Pada awalnya saya bercadang untuk berkongsi review novel yang saya telah baca. Tetapi otak ini rasa penat.Mungkin sebab minum kopi di siang tadi.Saya lebih kepada Teh Ais.Apabila sekali-sekala minum kopi , kepala rasa pening pula.

Jadi hari ini saya akan kongsikan tentang Anugerah Kulit Buku Cantik bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020. Bagi memeriahkan lagi PBAKL 2020, penganjur telah mengadakan pertandingan Anugerah Kulit Buku Tercantik. Anda boleh membuat undian di laman ini.