Monday 16 March 2020

Bacaan Santai: Dalam Bilik Darjah oleh Sofuan Saadon

Sumber: goodreads

Dalam banyak buku tentang sekolah, buku inilah yang paling santai saya pernah baca. Sedang asyik baca menggunakan aplikasi Ookbee Buffet, klik-klik tengok dah sampai bab terakhir.

Eh! Dah habis? Itu soalan yang terdetik di hati saya apabila sampai pada muka surat akhir.


Bab pertama dalam buku ini menyebabkan saya ketawa seorang diri. Sebagai anak tempatan Sarawak, saya mengaku selalu menggunakan perkataan tersebut. Mungkin kalau bukan orang tempatan jarang guna perkataan diam tu untuk menggantikan perkataan tinggal.

Saya suka buku ini kerana 

1. Kisah guru sekolah yang dipersembahkan secara santai.

2. Penulis berjaya membuatkan saya membayangkan suasana di sekolah, kampung dan pekan Matu walaupun saya tidak pernah ke sana.

3. Kebanyakannya kisah-kisah lucu yang dialami cikgu tersebut semasa di sekolah yang mungkin tidak berlaku di sekolah lain.

4. Penulis menulis kata-kata hikmat pada penutup setiap bab yang mengajak kita berfikir.

5. Penulis berjaya mengungkapkan sisi 'innocence' dalam kalangan pelajar sekolah menengah dengan baik.

6. Kulit buku yang simple tetapi menarik.

7. Dapat belajar bahasa Melanau.

Penambahbaikan:

1. Banyakkan lagi kisah bersama komuniti setempat yang berkaitan dengan sekolah. (Confirm jadi duta lepas ini.Just kidding! )

2. Setiap isi dalam setiap bab ditulis lebih panjang. Sebab sesetengah  bab dalam buku ini terlalu ringkas. 

Kesimpulan

Buku yang seronok dibaca berulang kali.Sesuai dibaca oleh semua golongan.

Harapan saya agar penulis akan terus berkarya dan memartabatkan professional perguruan dalam karyanya akan datang.

Buku ini saya berikan ⭐⭐⭐⭐


Butiran buku

Tajuk: Dalam Bilik Darjah
Penulis: Sofuan Saadon
Penerbit: Buku Pojok
Tahun:2016
Muka Surat: 227
Bacaan menggunakan aplikasi Ookbee Buffet

No comments:

Post a Comment