Showing posts with label 4 Bintang. Show all posts
Showing posts with label 4 Bintang. Show all posts

Friday, 14 May 2021

Review Buku:Publishable By Death

 

Sumber: Google Play Books


❤❤❤❤❤
Tajuk: Publishable By Death
Penulis: ACF Bookens
Tahun: 2019
Halaman : 246 
Ebook dibaca menggunakan aplikasi Play Books

Salam sejahtera dan bertemu kembali. Hari ini saya akan kongsikan satu review ebook yang saya baca. Seperti buku-buku terdahulu, genre pilihan masih lagi cozy mystery. Saya masih memilih untuk membaca ebook berbanding buku fizikal untuk tahun ini. 

Sinopsis:


Harvey Beckett seorang pemilik kedai buku yang bakal melancarkan pembukaan kedai bukunya di St. Marin. Malangnya pada pelancaran kedai bukunya, dia terjumpa sekujur mayat di bilik stor kedai buku miliknya. Harvey perlu membersihkan nama dan reputasi kedainya daripada khabar-khabar angin yang tidak menyenangkan. 

Review:

Saya suka buku ini kerana lokasi utamanya ialah sebuah kedai buku. Kebanyakan cozy mystery yang saya telah baca banyak berlatarbelakangkan bakeri, cafe atau kedai makan. 

Penulis berjaya menarik minat saya untuk meneruskan bacaan dengan pengetahuannya yang mendalam tentang buku-buku pelbagai genre. Harvey digambarkan sebagai seorang wanita matang yang memang mencintai buku. Memang impiannya untuk memiliki sebuah kedai buku di sebuah pekan kecil yang menjadi tumpuan pelancong semasa musim panas. 

Uniknya kedai buku inj turut menempatkan sebuah kafe kecil untuk menempatkan pengunjung yang berminat untuk membaca sambil minum di situ. Selain itu, Harvey turut meletakkan tempat khas untuk anjing kesayangannya Mayhem dan anjing - anjing pengunjung melepak di kedai tersebut. 

Keputusan Harvey untuk berpindah ke St. Marin, Maryland disokong oleh rakan karibnya Mart. Malahan Martlah yang membantunya pada awalnya dari segi kewangan. 

Plot cerita berjalan dengan lancar dan disulami sedikit imbas kembali Harvey tentang ahli keluarganya. Selain itu turut diselitkan dengan latar belakang kedai bukunya yang asalnya adalah sebuah stesen minyak. 

Misteri pembunuhan Lucia Stevensmith  di bilik stor kedai buku tersebut menjadi bualan penduduk di St. Marin. Melalui perbualan Harvey dengan beberapa orang penduduk, boleh dikatakan si mati pernah menyakiti hati beberapa orang penduduk melalui penulisan artikelnya di akhbar di St. Marin's Courier. Malahan ada mangsa tulisan pedasnya terpaksa berpindah dari St. Marin. Oleh itu, beberapa suspek yang telah dikenal pasti. 

Pembukaan kedai buku Harvey boleh dikatakan agak sukses dan beberapa aktiviti lain turut diadakan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke kedai bukunya.  Saban hari kedainya menerima pelanggan baru sehingga dia hampir terlupa tentang pembunuhan tersebut. 

Klimaks cerita ialah apabila seorang anggota polis pula dibunuh di belakang kedai Harvey. Hal ini menambahkan suspens kepada kes pembunuhan pertama yang masih belum selesai. 

Apakah pula motif pembunuhan pegawai polis itu? Dalam fikiran saya semua orang berpotensi untuk menjadi suspek kerana sejarah mereka dengan si mati tadi. Rasa berdebar-debar pada akhir cerita kerana saya masih tidak dapat meneka siapa pembunuh sebenarnya. 

Keseluruhannya saya sangat seronok membaca cerita ini. Penulis bijak menggambarkan suasana kedai buku tersebut, orang - orang yang terlibat dan semangat setiakawan dalam kalangan komuniti di St. Marin. Saya berharap agar dapat membaca buku Bookens yang lain dalam siri ini pada masa akan datang. 

Buku ini saya berikan 🌠🌠🌠🌠

Sunday, 13 September 2020

Review Buku: From Garden to Grave (Rickie Blair)


sumber: kobo ebook
Sumber: eBook Kobo

Helo.Apa khabar semua?
Rasanya agak lama saya tidak membuat review buku. Kesibukan kerja menyebabkan saya tidak sempat membaca buku. Semalam saya telah memuat turun aplikasi eBook Kobo dan saya memilih untuk memuat turun buku di atas.
Perkara pertama menarik perhatian saya ialah kucing yang comel.Kucing tu mengingatkan saya tentang kucing saya yang ini.


Sinopsis dari belakang buku:

Verity Hawkes is a shut-in. After two years bunkered in her apartment, the only thing that gets her out is the disappearance of her beloved but eccentric aunt. As she takes over her aunt’s landscaping shop, she’ll need to go from hoarder to horticulturist in a hurry…

Her new home of Leafy Hollow is quaint, except for her most obnoxious client. When a series of freak accidents kills the customer, all signs point to Verity as the killer.

The hunt for answers is on, and Verity must question a tipsy carpenter, a bacon-peddling vegan baker, and her dreamy landscaping competitor to keep her new life afloat. Failure to find the truth could put her back in a confined space for much more than two years…(sumber: goodreads)

Sunday, 23 August 2020

Review Buku: Engineer Kompeni Sebelah


Tajuk: Engineer Kompeni Sebelah
Penulis:Han Hanif
ISBN:9789672062585
Penerbit: Komrad Buku
Tahun: Disember 2019
Hal:159
Harga:RM22.00(SM)/RM25.00(SS)
Belian sempena PBAKL Online x Shopee

Saturday, 15 August 2020

Review Buku: Projek Bibliofil:Melawan Mitos Bangsa Malas Membaca


Tajuk: Projek Bibliofil : Melawan Mitos Bangsa Malas Membaca
Penulis: Zahrah Yunos
ISBN: 9789671588703
Penerbit: Zahrah Binti Md Yunos
Tahun: Oktober 2018(cetakan kedua)
Halaman:114 
Harga:RM25.00
Belian Online di Jejak Tarbiah(Shopee)

Saya tahu tentang kewujudan buku ini setelah selesai PBAKL 2019.Jadi saya pun tidak pasti sama ada buku ini ada dijual semasa pesta buku itu berlangsung atau tidak. Kebanyakan review tentangnya amat memberangsangkan mendorong saya untuk membelinya.

Saturday, 1 August 2020

Review komik Jejon di Jepun 4


Helo.Bertemu kembali.
Komik Jejon ke Jepun menjadi kesukaan kami berdua semenjak siri yang pertama lagi.

Kali ini Jejon meneruskan kehidupannya sebagai pelajar PhD di Kyoto. Pada awalnya Jejon agak risau tentang biasiswanya.Adakah bantuan biasiswanya disambung atau tidak?

Wednesday, 15 July 2020

4 review mini khas buku terbitan Bookiut

Hai semua. Selamat sejahtera.

Hari ini agak istimewa kerana :
1. puteri saya kembali ke sekolah selepas bercuti hampir 4 bulan.

2. saya akan membawakan 4 review mini dari tetamu jemputan iaitu puteri saya sendiri.

Memandangkan ini pertama kali dia membuat review saya mencadangkan dia membuat review yang ringkas sahaja.

Tuesday, 28 April 2020

Review Buku: The Regatta Mystery and Other Stories oleh Agatha Christie

Hai.Selamat bertemu kembali. Sempena Hari Buku Sedunia 23 April yang lalu saya sempat membaca ebook The Regatta Mystery and Other Stories.Buku ini saya baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader.

Friday, 27 March 2020

Review Buku:Ulam Kasih Sambal Cinta

Sumber: Portal Ilham

Hai.Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.
Harap semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja dan mematuhi arahan PKP.
Hari ini saya akan berkongsi tentang novel bertajuk Ulam Kasih Sambal Cinta tulisan Norzailina Nordin.

Monday, 16 March 2020

Bacaan Santai: Dalam Bilik Darjah oleh Sofuan Saadon

Sumber: goodreads

Dalam banyak buku tentang sekolah, buku inilah yang paling santai saya pernah baca. Sedang asyik baca menggunakan aplikasi Ookbee Buffet, klik-klik tengok dah sampai bab terakhir.

Eh! Dah habis? Itu soalan yang terdetik di hati saya apabila sampai pada muka surat akhir.

Sunday, 1 March 2020

#KatererCinta oleh Nurul Syahida

Sumber: goodreads

Hai.Selamat bertemu kembali.

Hari ini saya akan kongsikan review novel yang bertajuk #Katerer Cinta. Penulisnya ialah Nurul Syahida yang saya kenali lewat novelnya yang bertajuk Plain Jane.