Penulisnya ialah Agatha Christie yang terkenal dengan karyanya bertajuk The Murder on The Orient Express. Karyanya itu telah diadaptasi berapa kali dalam bentuk filem.
Bukunya kali ini menampilkan penyiasat terkenal iaitu Hercule Poirot, Miss Marple dan Mr. Parker Pyne. Ada 9 buah cerita pendek dalam buku ini.Buku ini diterbitkan pada tahun 1939.
Buku ini menampilkan kisah penyiasatan yang pelbagai .Kebanyakan cerita ini bermotifkan wang dan juga dendam. Saya tertarik dengan kisah The Regatta Mystery yang menjadi tajuk buku.
The Regatta Mystery mengisahkan kehilangan sebutir berlian amat berharga. Rupa-rupanya kisah penyelesaiannya mudah sekali. Encik Parker Pyne berjaya merungkai misteri kehilangan tersebut dan suspeknya memang tidak dijangka.
Berbeza dengan kisah In A Glass Darkly.Tiada watak ketiga-tiga penyiasat tersebut.Watak utamanya mendapat bayangan akan berlaku pembunuhan di rumah yang dikunjunginya. Apa yang mengejutkan adalah pada penghujung cerita tersebut. Tetapi ini bukanlah kisah seram.
Yellow Iris pula mengisahkan seseorang yang tidak dikenali menelefon meminta bantuan Hercule Poirot.Tetapi tidak menyatakan apa bentuk bantuan diperlukan.Tetapi Hercule Poirot perlu pergi ke sebuah restoran Jardin des Cygnes.Petunjuknya meja dihiasi bunga Iris.
Setiba di restoren itu, Hercule Poirot menemukan sebuah meja berhias bunga Iris yang ditempah Encik Barton Russell. Rupa-rupanya hari itu genap dua tahun isterinya ernama Iris meninggal dunia di restoren yang sama kerana membunuh diri.
Encik Barton Russell tidak percaya isterinya meninggal dunia akibat bunuh diri. Oleh itu dia menjemput 4 orang lagi tetamu yang sama semasa kejadian dua tahun lepas untuk mencari siapa pembunuhnya.
Yellow Iris ini jalan cerita hampir sama seperti Sparkling Cynide juga hasil karya Agatha Christie.Cuma Sparkling Cynide dalam versi panjang.
Saya berkesempatan menonton Yellow Iris yang diadaptasi ke drama.Memang jalan ceritanya ada perbezaan tetapi seronok juga melihat buku yang dibaca dijelmakan dalam bentuk drama.
Kesimpulannya, buku ini saya berikan ⭐⭐⭐⭐ walaupun tidak semua cerita dalam buku ini memuaskan. Tetapi terpulanglah kepada selera masing-masing.
No comments:
Post a Comment