Showing posts with label Komik. Show all posts
Showing posts with label Komik. Show all posts

Tuesday, 15 December 2020

Book Haul Bulan Disember 2020

 Helo.Salam sejahtera.

Hari ini saya ingin kongsikan book haul Disember. Sempena Jualan 12.12 di Shopee saya membeli buku komik dari Gempakstarz untuk puteri saya. Harganya RM10.90 berbanding harga sebenar RM12.00. 

Akhirnya buku-buku komik yang dipesan sampai dalam masa seminggu. Tempoh penghantaran itu dianggap agak cepat bagi kawasan pedalaman seperti tempat saya.

Buku- buku komik yang dibeli :

1. Survivors in the Sand~Deserts

2.The World's Finest~ Local Specialities

3. In This Together~ Unity

4. Pressure Planet~ Relationships

5. Badan Sihat dan Cerdas~ Tubuh Manusia

6. Putera Bijak Urus~ Pengurusan Wang

7. Persaingan Sihat ~ Diet Seimbang


Novel Ursula ini pula dibeli di kedai  buku yang ada di pekan. Setelah sekian lama tidak mengunjungi kedai itu  ingatkan nak tengok-tengok sahaja. Alangkah terkejutnya apabila melihat harga buku Ursula ini hanya RM13.00

Sebelum itu, memang merancang untuk membeli novel ini setelah membaca review positif tentangnya di media sosial. Akhirnya novel ini berada di tangan saya. Tetapi belum sempat baca sebab perlu ada mood untuk membaca novel setebal itu. 

Jadi itu sahaja cerita book haul Disember saya. Sebenarnya lebih kepada comic book haul. Apa-apapun kami berdua amat berpuas hati dengan hasil tangkapan bulan ini.πŸ™‚


Saturday, 1 August 2020

Review komik Jejon di Jepun 4


Helo.Bertemu kembali.
Komik Jejon ke Jepun menjadi kesukaan kami berdua semenjak siri yang pertama lagi.

Kali ini Jejon meneruskan kehidupannya sebagai pelajar PhD di Kyoto. Pada awalnya Jejon agak risau tentang biasiswanya.Adakah bantuan biasiswanya disambung atau tidak?

Wednesday, 11 December 2019

November: Comic Haul dan Cuti Sekolah


Hai.
Bulan November yang lepas pergi ke kedai buku Popular.Puteri saya sempat membeli beberapa naskhah komik. Belikan sahaja sebab cuti sekolah
pun akan bermula tidak lama lagi. Nanti saya pun boleh tumpang baca.☺

Tajuk komik-komik tersebut ialah:
1. Koleksi Penuh Emosi Doraemon 
2. Pai Lazat Candy Cuties:Populariti dan Impian
3. Jazzy Jelly Candy Cuties : Privacy
4. Defenders of Honours : Japanese Cultures (The Prince Series) 
5. Farmers of the Field : Agriculture (The Prince Series)

Kesemuanya terbitan Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd.Kelebihan komik ini ialah setiap tajuk menerapkan nilai-nilai murni dan positif. 






Friday, 14 September 2018

Review Komik Jejon di Jepun 3


Tajuk: Jejon di Jepun 3
Penulis: Jonsuraya
ISBN: 9789671539828
Penerbit: Maple Comics!
Tahun: April 2018
Halaman: 120
Harga: RM20.00
☕☕☕☕☕☕☕☕☕
Dari belakang buku: 
Jejon dah setahun di JAPAN!
Setelah setahun di Kyoto, Jejon sudah mula selesa dengan rutin hariannya dan bersedia untuk kehidupan untuk 3 tahun akan datang. Namun, apabila dia mengetahui 'peperiksaan kemasukan' ke universitinya akan diadakan dalam Bahasa Jepun, Jejon terpaksa berdepan kebarangkalian kehidupannya di Kyoto boleh menjadi lebih singkat daripada biasa.

Adakah Jejon terpaksa pulang akibat gagal peperiksaannya, atau adakah dia akan berdepan masalah lain pula? Sambil menikmati keindahan alam semulajadi Kyoto dan perayaan warna-warni di Jepun, Jejon meneruskan pengembaraannya di negara matahari terbit ini![sumber:maplecomics]
☕☕☕☕☕☕☕☕☕

Bertemu kembali lewat pengembaraan Jejon dalam komik ketiga Jejon di Jepun. Komik ini antara komik yang dinanti-nantikan kemunculannya oleh puteri saya. 

Saturday, 3 June 2017

Review Komik Kuala Terengganu in 7 Days

Sumber: Goodreads
Tajuk: Kuala Terengganu in 7 Days
Penulis: Mimi Mashud
ISBN:9789671296806
Penerbit: Maple Comics
Tahun: Ogos 2015 (Cetakan Kedua)
Halaman: 100
Harga: RM25.00




Ada sesiapa nak pergi jalan-jalan ke Kuala Terengganu cuti ini? Tak tau nak pergi mana? Ha, apa kata dapatkan idea untuk percutian daripada komik travelog karya Mimi Mashud ni. 

Friday, 2 June 2017

REVIEW KOMIK JEJON DI JEPUN 2

Sumber: Maple Comics
Tajuk: Jejon di Jepun 2
Penulis: Jonsuraya
ISBN: 9789671434482
Penerbit: Maple Comics!
Tahun: April 2017
Halaman: 112
Harga: RM20.00






Sekuel kepada Jejon di Jepun.
Setelah tiba di Kyoto, kehidupan harian Jejon berubah 100%! Dia terpaksa mengubah cara kehidupan hariannya. Tiada lagi nasi lemak, tiada roti canai - mulai sekarang hanya sushi dan onigiri untuk sarapan.
Ikuti kisah dan ragam Jejon dan kehidupan barunya dalam Jejon di Jepun 2!(sumber: Maple Comics!)

Tuesday, 21 March 2017

Review: Komik Jejon di Jepun

Pengembaraan ke Jepun oleh seorang awek 
yang tak pernah duduk luar Malaysia.

Tajuk: Jejon di Jepun
Penulis: Jonsuraya 
ISBN: 9789671296851
Penerbit: Maple Comics!
Tahun: Januari 2016
Halaman:104
Harga: RM 20.00

Selama 29 tahun hidup, Jejon tidak pernah buat sesuatu yang mencabar di dalam hidupnya. Dia dah terbiasa dengan kehidupan dan aktiviti biasanya di Malaysia. Apa akan terjadi apabila dia ditawarkan belajar ke luar negara dan akan meninggalkan Malaysia? Sama-sama kita ikuti kisah huru-haranya dan cara-cara dia meneruskan kehidupan barunya di Kyoto, Jepun! (sumber: goodreads)

Saturday, 18 February 2017

Komik Tintin Lagi: REVIEW THE CRAB WITH THE GOLDEN CLAWS


sumber : Google

Antara cerita yang saya suka dalam siri Tintin. Baca berulang kali pun tak jemu. Pengembaraan Tintin bermula apabila dia menyiasat kes kematian seorang lelakiPetunjuk yang ada hanyalah cebisan kertas pembalut ketam dalam tin yang ditemui secara tidak sengaja oleh Snowy pada awal cerita. 

Saturday, 17 December 2016

Review Komik Tintin : The Castafiore Emerald

sumber: Google
Hello. Pernah tak membaca komik Tintin? Watak Tintin dicipta pada tahun 1929 oleh kartunis Belgium iaitu Georges Remi (Herge). Maknanya tahun ini genaplah umur Tintin 87 tahun. Tintin selaku watak utama komik ini seorang wartawan muda yang sering berhadapan dengan bermacam-macam peristiwa tidak diduga.
       Pembaca boleh membaca kisah pengembaraan Tintin bersama anjingnya, Snowy dalam  24 komik. Menariknya komik Tintin juga telah dijelmakan dalam bentuk filem.