Showing posts with label Book Haul. Show all posts
Showing posts with label Book Haul. Show all posts

Tuesday, 15 December 2020

Book Haul Bulan Disember 2020

 Helo.Salam sejahtera.

Hari ini saya ingin kongsikan book haul Disember. Sempena Jualan 12.12 di Shopee saya membeli buku komik dari Gempakstarz untuk puteri saya. Harganya RM10.90 berbanding harga sebenar RM12.00. 

Akhirnya buku-buku komik yang dipesan sampai dalam masa seminggu. Tempoh penghantaran itu dianggap agak cepat bagi kawasan pedalaman seperti tempat saya.

Buku- buku komik yang dibeli :

1. Survivors in the Sand~Deserts

2.The World's Finest~ Local Specialities

3. In This Together~ Unity

4. Pressure Planet~ Relationships

5. Badan Sihat dan Cerdas~ Tubuh Manusia

6. Putera Bijak Urus~ Pengurusan Wang

7. Persaingan Sihat ~ Diet Seimbang


Novel Ursula ini pula dibeli di kedai  buku yang ada di pekan. Setelah sekian lama tidak mengunjungi kedai itu  ingatkan nak tengok-tengok sahaja. Alangkah terkejutnya apabila melihat harga buku Ursula ini hanya RM13.00

Sebelum itu, memang merancang untuk membeli novel ini setelah membaca review positif tentangnya di media sosial. Akhirnya novel ini berada di tangan saya. Tetapi belum sempat baca sebab perlu ada mood untuk membaca novel setebal itu. 

Jadi itu sahaja cerita book haul Disember saya. Sebenarnya lebih kepada comic book haul. Apa-apapun kami berdua amat berpuas hati dengan hasil tangkapan bulan ini.🙂


Thursday, 30 July 2020

Book Haul di PBAKL 2020 online


Hai semua. 
Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Hari ini saya akan kongsikan book haul pada bulan Julai. 
Awal Julai yang lepas saya telah membeli buku secara online sempena PBAKL 2020 Online melalui Shopee.

Friday, 29 May 2020

May Book Haul

Helo semua. Selamat bertemu kembali.

Pada bulan Mei ini saya telah memesan buku dari bookcafe.com.my.Pada awalnya ingatkan buku ini akan sampai selepas raya tetapi syukur sebelum raya dah sampai.Tetapi baru semalam ambil di pejabat pos sebab selepas cuti raya ni barisan panjang.Jadi tangguh dulu nak ambil walaupun dalam hati tak sabar nak lihat buku-buku itu.

Wednesday, 18 December 2019

Book Depository: Pesanan yang Tercicir Akhirnya Tiba



Hai.
Masih tentang pesanan dari Book Depository. 
Setelah menunggu beberapa minggu, akhirnya buku yang dinanti tiba jua. 
Kali ini keadaan bungkusannya agak memuaskan. Syukur.
Terima kasih kepada Book Depository yang cekap bertindak.

Tuesday, 17 December 2019

Book Haul October part 2: Book Depository dan MPH

Hai.
Selamat bertemu kembali.
Hari ini saya akan sambung tentang Book Haul October part 2 walaupun sekarang sudah Disember. Tapi takpalah kita teruskan ya.

Book haul kali ini dari Book Depository dan MPH.Pesanan dibuat pada hujung bulan September.

Akhirnya pesanan yang dinanti pun tiba pada bulan Oktober.


Friday, 11 October 2019

Book Haul Oktober part 1

Helo semua.
Selamat bertemu kembali.

Kalau anda masih ingat, bulan September ke  awal Oktober lepas jualan cybersale telah berlangsung. Jadi saya pun melihat lihat beberapa laman web buku. Saya ternampak beberapa tajuk buku yang menarik minat saya.

Thursday, 3 October 2019

Jalan-jalan di Pasar Seni : Mini Book Haul


Hai semua.
Bulan lepas jalan-jalan di Central Market @ Pasar Seni.Tujuan utama bukanlah untuk mencari buku tetapi memang tidak sah kalau tidak singgah di kedai buku.


Saturday, 27 April 2019

APRIL BOOK HAUL & HARI BUKU SEDUNIA


Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Buku Sedunia yang diraikan pada 23 April. Baru-baru ini bookcafe.com.my menawarkan promosi menarik untuk pembelian buku Rm100 ke atas penghantaran pos adalah percuma. Tanpa membuang masa saya terus membuat pembelian buku-buku tersebut. 

Saturday, 13 April 2019

Book Haul di PBAKL 2019


Hampir seminggu PBAKL 2019 melabuhkan tirainya. Di sini saya kongsikan  buku-buku yang dibeli sepanjang dua hari saya mengunjungi PBAKL 2019. Buku-buku tersebut adalah  untuk saya, puteri saya dan ada dua buah buku saya belikan untuk teman. 
Prolog Media


Beberapa naskhah buku dari Jejak Tarbiah, Pelangi  dan Alaf 21 pulak tidak ada dalam foto. Selain itu komik-komik dari Gempakstarz pun tak sempat diambil fotonya. 

                                                      📚📚📚📚📚📚📚📚

Sunday, 21 October 2018

OCTOBER BOOK HAUL



Helo...
Bulan ini saya telah membeli buku secara online di bookxcessonline lagi. Ini kali kedua saya membeli dari bookxcessonline dan perkhidmatannya amat memuaskan. 
Antara buku yang dibeli kali ini ialah: 

1. The Sleeping Beauty Murders by Mary Higgins Clark & Alafair Burke

2. The Canal Boat Café by Cressida McLaughlin 

3.The Little Wedding Shop by the Sea (The Little Wedding Shop by the Sea #1)
by Jane Linfoot 

4. Christmas at the Little Clock House on the Green
(Whispers Wood #2) by Eve Devon

5. Summer at the Comfort Food Cafe
(Comfort Food Cafe #1) by Debbie Johnson

6.Nancy Drew Diaries Vol. 2 by Stefan Petrucha

7. A Quiver Full of Arrows by Jeffrey Archer

8. To Cut a Long Story Short by Jeffrey Archer

Harap-harap semuanya sempat dibaca sebelum tahun 2018 menutup tirai.


Sunday, 30 September 2018

August & September Book Haul


Hello. 
September sudah pun berada di penghujungnya pada hari ini.

Sepanjang bulan Ogos dan September, saya membeli buku secara online sahaja.  Walau bagaimanapun saya terlepas mycybersale  kerana kebetulan minggu tersebut saya agak sibuk.  Pembelian online ini pun kena bajet betul-betul sebab pada masa itu gaji pun tak masuk lagi. Memang ditahan-tahan sahaja jari ni menekan butang buy now.

Ini juga kali pertama saya membeli buku secara online dari MPH online, bookxcessonline dan DBPniaga. Syukurlah, semua buku tersebut selamat sampai walaupun ada misscommunication sedikit. Ketiga-tiganya boleh dibayar menggunakan kad debit jika tiada kad kredit. Kesimpulannya, pembelian secara online lebih mudah kerana tidak perlu ke kedai buku untuk membeli.Jimat masa dan tenaga. 

Senarai buku yang dibeli:

Bookxcessonline
1. The Cinderella Murder by By Mary Higgins Clark and Alafair Burke
2. The Chocolate Lovers' Club (Chocolate Lovers’ Club #1) by Carole Matthews
3. The Little Flower Shop by the Sea by Ali McNamara 

DBPniaga
1. Gaya Dewan Edisi Ketiga by Dewan Bahasa dan Pustaka
2. Evolusi Parlimen dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia by Wan Junaidi Tuanku Jaafar
3. KUMPULAN CERPEN KANAK-KANAK : CERITA SEBUAH LUKISAN (tiada dalam foto)
4. Novel Kanak-kanak: Budak California (tiada dalam foto)
5. Bercuti Bersama Nenek (tiada dalam foto)
6. Projek 238

MPHonline
1. Awas! Jurutera di Hadapan
2. Kru dari Langit
3. JEJON DI JEPUN 3
4. Pilih Lesen Apa? (Teen Novel)

Total : 13 buah 

Syukur sebab semangat membaca pun sudah mula berkobar kembali. Sebanyak 8 buah buku telah pun habis dibaca dengan jayanya. Reviewnya pula, kemudian. ☺

Semoga bertemu lagi pada Oktober nanti.

Friday, 8 June 2018

Book Haul Pertengahan Tahun 2018



Cuti bulan Mac yang lalu saya berkesempatan untuk membeli beberapa buah buku di Popular. Pada awalnya, saya bercadang hendak mencari buku Cikgu Kelas Sebelah sahaja. Akhirnya saya membawa pulang enam buah buku lain juga. 


1. T For Teacher oleh Cheryl Ann Fernandez. Saya tertarik untuk membeli buku ini kerana perkongsian penulis tentang pengalamannya mengajar di sebuah sekolah menengah. Kebanyakan buku yang saya sudah baca lebih kepada pengalaman guru (penulis) di sekolah-sekolah rendah. 

Sunday, 17 December 2017

Book Haul Pesta Buku Antarabangsa KL 2017


Pada 14 Disember yang lalu berlangsungnya 
pelancaran Majlis Pelancaran Jualan Gerai Pesta Buku 2018 di PWTC.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 
akan diadakan di PWTC pada 27 April-06 Mei 2018. Kalau diizinkan, saya ingin ke sana lagi. Di atas ialah antara buku-buku yang sempat dibeli semasa ke PBAKL17  yang lalu. Malangnya, sehingga kini masih banyak yang belum sempat dibaca dek kerana kekangan masa dan godaan gajet elektronik, Mungkin pada tahun akan datang , saya perlu tetapkan target bilangan buku yang perlu dibaca. 🕮

Friday, 8 December 2017

TO BE READ : NOVEMBER & DECEMBER

☃☃☃☃☃

Pada bulan November yang lalu saya telah membeli beberapa naskhah buku untuk dibaca sepanjang bulan November dan Disember. Biasanya saya hanya berpeluang ke kedai buku pada masa cuti hujung tahun sahaja. 
Dua naskhah buku yang sempat dibeli di kedai buku Popular:
1. Let It Snow
Saya tertarik untuk membeli  buku Let It Snow ini kerana nama John Green. Saya sering melihat namanya dalam review-review novel. Antara novelnya yang terkenal ialah The Fault in Our Stars.Walau bagaimanapun, saya lebih berminat untuk mencuba cerita pendeknya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membaca novelnya yang lain. Buku ini terdiri daripada tiga buah kisah Krismas yang ditulis oleh John Green, Maureen Johnson, Lauren Myracle. 

Saturday, 4 March 2017

Membeli buku secara online di bookcafe.com.my




Helo.
Hari ini saya ingin berkongsi buku-buku yang dibeli secara online di bookcafe.com.my. Ini merupakan pembelian kali kedua saya dengan bookcafe.com.my. Setakat ini saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat ini. Tempoh penghantaran juga pantas dalam masa 3 hari waktu bekerja sudah sampai ke Sarawak. 

Friday, 16 December 2016

December Book Haul


SUMBER : KLIK DI SINI
Hello semua. Berjumpa kembali untuk December Book Haul. Kali ini saya hanya membeli beberapa naskhah buku yang paling diingini kerana mengambil kira faktor masa dan dasar berjimat cermat.☺ 

Friday, 27 November 2015

YEAR END BOOK HAUL



Buku-buku dipesan dari Bookcafe.com.my 

Edited
Senarai buku-buku yang dipesan : 



Friday, 9 January 2015

January Book Haul


Ya, inilah buku-buku yang saya beli ketika jalan-jalan. Kali ini tidak banyak membeli kerana masih sedar diri ada lagi buku yang dibeli dulu belum habis dibaca. Mari lihat tajuk-tajuknya : 

Saturday, 6 December 2014

End of Year Book Haul




Hujung tahun saat yang ditunggu-tunggu untuk membeli dan membaca buku sebab masa itu barulah berpeluang bersantai-santai membaca buku.:D Minggu lepas saya berkesempatan untuk membeli buku-buku di atas. Ada lagi buku yang belum sempat dibaca tetapi sudah membeli buku lagi. Abang saya cakap kalau begini boleh buat mini library. Ya, memang ada banyak buku-buku di setiap ruang rumah. Saya pun bercadang untuk mengasingkan mana-mana buku yang tidak akan dijadikan koleksi dan mendermakan sahaja buku-buku tersebut pada tahun hadapan.

Saya suka membeli buku pada hujung tahun kerana ada banyak buku bahasa Inggeris bertemakan sambutan krismas. Maklumlah tinggal di negara beriklim panas, melalui pembacaan dapatlah membayangkan krismas yang putih... Semua buku ini adalah hasil karya penulis yang belum pernah saya baca sebelum ini kecuali Noor Suraya. Saya persembahkan buku-buku tersebut : 

Monday, 16 December 2013

Sagi dan Hadiah Hari Jadi




Mereka yang berbintang Sagittarius dikatakan suka akan aktiviti luar yang lasak. Jadi bagilah hadiah kasut sukan, peralatan berkhemah ke apa. Bagi diri saya, tak payah susah-susah. Dapat hadiah buku pun saya dah rasa berada di awang-awangan. Hihi. 

Inilah buku-buku yang saya beli konon-konon untuk hadiah hari jadi sendiri. Jadi tak ada alasan kena marah membazir beli buku banyak-banyak. Buku-buku di atas hasil "tangkapan" di Popular. Harga novel-novel BI yang tebal tu RM8.00 setiap satu. Memang berbaloi. Tapi tak puas hati lagi, pergi Minerva cari buku. Nasib baik tak banyak yang berkenan beli dua buah buku sahaja. Sampai di LCCT, beli lagi sebuah buku. Oops, sebelum tu sempat beli satu di MPH. Nampaknya ada banyak bekalan buku yang akan dibaca sebelum 2014 menjelma.

Krismas dan tahun baru bakal tiba, jadi dah ada idea nak bagi hadiah apa untuk si Sagittarius kan?