Showing posts with label Quote. Show all posts
Showing posts with label Quote. Show all posts

Wednesday, 25 March 2020

Friday, 16 August 2019

Quote of the day



Imej diedit
Sumber imej: klik di sini


Siapakah di sini yang suka membaca sambil makan? Atau makan sambil membaca? 

Dulu semasa kecil, sambil makan pun mesti membaca. Kadang-kadang kalau tak ada bahan bacaan, membaca isi kandungan bungkusan makanan yang ada pun jadilah. Asalkan membaca.

Sehingga sekarang tabiat itu masih diteruskan terutamanya jika jalan cerita novel yang dibaca sangat menarik. 

Sehingga bertemu kembali. Bye.




Saturday, 27 April 2019

APRIL BOOK HAUL & HARI BUKU SEDUNIA


Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Buku Sedunia yang diraikan pada 23 April. Baru-baru ini bookcafe.com.my menawarkan promosi menarik untuk pembelian buku Rm100 ke atas penghantaran pos adalah percuma. Tanpa membuang masa saya terus membuat pembelian buku-buku tersebut. 

Saturday, 23 March 2019

Menghitung Hari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL 2019)

Edit: marbella
Sumber : klik di sini 

       Ramai yang memberikan alasan kurang gemar membaca atau tidak suka membaca buku/ novel kerana bahan bacaan yang kurang menarik. Mungkin benar kata-kata penulis siri Harry Potter di atas, kita tidak suka membaca kerana kita belum menemukan buku yang sesuai. 

πŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“š

Apa kata luangkan masa untuk mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL 2019) yang akan bakal tiba minggu hadapan. Tahun ini PBAKL 2019 membawakan tema Meluhurkan Dekad Membaca Kebangsaan. Seperti tahun lepas, lokasinya masih di PWTC. Pesta ini akan berlangsung mulai 29 Mac hingga 07 April. 
Masa mula operasi PBAKL 2019 ialah jam 10.00 pagi. Apa yang menariknya, waktu tamat operasi setiap hari dilanjutkan sehingga pukul 9.00 malam. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan bahan bacaan pelbagai genre, buku-buku terkini pada harga promosi. 
Anda semua bolehlah membuat perancangan masa dan perbelanjaan untuk ke sana.
Jumpa di sana. πŸ’—πŸ˜Š

Untuk butiran lanjut layari laman web PBAKL di https://www.klibf.my/







Sunday, 1 July 2018

Quote of The Day + Minat Membaca

Sumber imej: Klik di sini 
            Memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak biarlah dari peringkat awal. Malah anak-anak seawal peringkat bayi boleh didedahkan dengan budaya membaca. Pada peringkat bayi, sudah pasti mereka belum mengenal huruf. Tetapi ibu bapa atau penjaga boleh membacakan buku cerita kepada bayi tersebut. Kemudian, anak-anak yang lebih berusia juga boleh diperkenalkan dengan buku-buku bergambar atau komik sebelum beralih kepada buku cerita yang mengandungi lebih banyak perkataan. 

Tuesday, 6 June 2017

Quote of the Day


Salam Jun semua. 
Setiap hari kita diberkati dengan bermacam-macam anugerah. Harap-harap pada hari ini salah satunya  ialah keghairahan untuk membaca. 

Sumber: di sini. Edited by me




Sunday, 9 October 2016

Quote of the day

sumber : klik di sini

QOTD hari ini dipetik dari buku oleh Dr.Seuss bertajuk I Can Read with My Eyes Shut! Nama sebenar Dr Seuss ialah Theodor Seuss Geisel. Dr. Seuss merupakan salah satu nama pena yang digunakan oleh penulis yang telah menghasilkan lebih 60 buah buku kanak-kanak. Antara yang terkenal ialah "The Cat in the Hat" dan " Green Eggs and Ham".

Memang diakui, semakin banyak kita membaca semakin banyak ilmu yang kita dapat. Dulu pada zaman kanak-kanak, internet belum wujud lagi. Apa yang ada hanyalah sebuah perpustakaan desa yang menjadi tumpuan untuk membaca buku. 

Monday, 8 June 2015

Quote of the day

sumber: klik imej


Salam buat semua. Lamanya tidak mengemaskini blog ini. Sememangnya buku adalah teman yang sentiasa ada di samping walau di mana jua saya berada. Saya percaya semua pencinta buku juga berperasaan begitu. 


Thursday, 5 March 2015

Quote of the day



Selamat melangkah ke bulan Mac. Betapa pantasnya masa berlalu.Berapa ramai yang mengalami perkara di atas? Bilik tidurnya lebih banyak buku berbanding dengan barang lain. Walau bagaimanapun, semuanya terpulang kepada citarasa individu.Selamat membaca semua!

Friday, 30 January 2015

Quote of The Day

sumber : klik imej

Sedar tak sedar kita sudah menghampiri penghujung Januari. Pantasnya masa berlalu. Berapa banyak buku sudah dibaca Januari ini?  Ambillah satu buku sekarang dan nikmati bacaan anda. Selamat menikmati hujung minggu semua.

Friday, 9 January 2015

Happy 2015!

 
sumber : klik di sini

Hello. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun 2015 kepada semua. Semoga segala impian akan menjadi kenyataan. Harap-harap lebih banyak buku dapat dibaca pada tahun ini.



Friday, 15 November 2013

Quote of the day









 

Hello. Boleh bayangkan rumah tidak bertingkap? Mesti sesak nafas.
Kata-kata ni boleh didapati dari http://www.adazing.com/inspirational-reading-quotes-pt-3/. Banyak quote menarik di situ.