Sunday, 23 August 2020

Review Buku: Engineer Kompeni Sebelah


Tajuk: Engineer Kompeni Sebelah
Penulis:Han Hanif
ISBN:9789672062585
Penerbit: Komrad Buku
Tahun: Disember 2019
Hal:159
Harga:RM22.00(SM)/RM25.00(SS)
Belian sempena PBAKL Online x Shopee

Helo dan salam sejahtera semua.

Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang sebuah lagi buku dari Komrad Buku. 

Saya mulakan dengan review kulit buku.Pada awalnya saya mengandaikan buku ini akan menceritakan tentang kehidupan seorang jurutera awam. Rupa-rupanya andaian saya meleset.Patutlah pada kulit buku menunjukkan seseorang sedang menekan suis"perkakasan".


Buku ini dimulakan dengan kisah penulis yang masih mencari kerja sesuai dengan kelayakannya. Semasa temuduga penulis dengan yakinnya menjawab saingan utama syarikat yang menemuduganya ialah Maxis.

Penulis menyimpan impian untuk bekerja dengan syarikat Maxis dan akhirnya dia berjaya mencapainya.Hampir 80% kisah dalam buku ini ialah pengalamannya semasa berkhidmat sebagai project engineer di syarikat tersebut.

Rasa seronok pula membaca pengalaman penulis terutama pada awal dia menyertai syarikat tersebut. Kisah penulis semasa mengikuti kursus pengenalan di syarikat itu dan bagaimana akhirnya dia diterima masuk dalam jabatan CSOD.

Saya suka buku ini kerana gaya penulisan penulis yang santai dan bahasa mudah difahami.Penulis juga menyampaikan cerita dengan menyelitkan unsur humor jadi isinya tidaklah membosankan.

Buku ini turut menyedarkan saya pentingnya kekuatan mental dan adab dalam berurusan dengan rakan sekerja dan para pelanggan.

Namun terdapat penggunaan jargon bidang kejuruteraan yang agak sukar difahami.

Buku ini memang sesuai dibaca oleh segenap lapisan terutamanya para pelajar dan ibu bapa. Mungkin dengan membaca buku ini para pembaca akan lebih terbuka tentang cabang-cabang bidang kejuruteraan.

Syabas kepada penulis kerana usaha menghasilkan buku ini sedikit sebanyak mendedahkan kita tentang bidang kejuruteraan yang jarang diketahui umum.

Oleh kerana buku ini banyak memberikan input baharu tentang kejuruteraan saya berikan ⭐⭐⭐⭐

No comments:

Post a Comment