Tajuk : Breakfast at Darcy's
Penulis : Ali McNamara
ISBN : 970-0-7515-4740-5
Penerbit : Sphere
Tahun : 2011
Halaman : 437
Harga : RM37.50 (SM)
Buku ini ialah salah satu buku yang saya beli untuk hari jadi saya sendiri.Tiga sebab saya berminat nak beli buku ini. Pertama, tajuknya mengingatkan saya tentang filem Breakfast at Tiffany's. Kedua, watak utamanya bakal mewarisi sebuah pulau. Ketiga, buku ini ada offer dan dijual dengan harga RM8.00 sahaja di Popular!
Kisah bermula dengan Darcy McCall menghadiri majlis pengebumian, Molly, makcik kesayangannya. Di majlis itu, dia berjumpa dengan Niall Kearney, peguam mendiang makciknya. Niall memaklumkan bahawa Darcy bakal mewarisi sebuah pulau kecil tidak jauh daripada Ireland dengan syarat. Syaratnya Darcy perlu menghuni pulau tersebut selama 12 bulan dan perlu menarik sejumlah orang lain untuk tinggal bersama.