Wednesday 1 January 2020

Review Buku:The Secrets and Seashells at Rainbow Bay



Blurb belakang buku:

The sun is shining on the golden castle on Rainbow Bay - and change is in the air!

Amelia is a single mother, doing her very best to look after her young son, Charlie - but money is tight and times are tough. When she first hears that she is the last descendent of the Chesterford family and that she has inherited a Real-Life Castle by the sea, Amelia can't quite believe her ears. But it's true!

She soon finds that owning a castle isn't quite the ticket to sorting out her money problems that she'd first hoped: she can't sell, because the terms of the ancient bequest state that any Chesterford who inherits the castle, must live there and work towards the upkeep and maintenance of the family home. So ever-practical Amelia decides to uproot her little family and move to this magnificent castle by the sea.

Living in a castle on the beautiful Northumberland coast is fun at first, but organising the day-to-day running is a lot more complicated than Amelia first imagined. Luckily she has help from the small band of eccentric and unconventional staff that are already employed there - and a mysterious unseen hand that often gives her a push in the right direction just when she needs it most. It's only when she meets Tom, a furniture restorer who comes to the castle to help repair some antique furniture, that Amelia realises she might get the fairy-tale ending that she and Charlie truly deserve..
 (Sumber:goodreads)

Review:
Buku ini istimewa kerana ia merupakan karya Ali McNamara yang ke-10.Seperti biasa menjadi trademark Ali McNamara, kulit buku dilukis dengan menggunakan warna lembut tetapi menarik pandangan sesiapa yang melihatnya. 

Watak utama iaitu Amelia, seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak berusia 10 tahun. Kehidupan mereka berubah kepada susah setelah Graham, suaminya meninggalkannya. Pendapatannya bekerja di pasaraya cukup-cukup untuk mereka berdua. Betapa bezanya semasa dia masih menjadi isteri Graham.Semuanya disediakan dan kehidupan lalunya agak mewah dan selesa.

Rasanya ini kali pertama Ali menulis watak utamanya seorang ibu tunggal. Secara tidak langsung ia turut menerapkan tentang kegigihan seorang wanita berstatus ibu tunggal memebesarkan anaknya.

Suatu hari Benjamin atau Benji seorang ahli  geneologi telah menghubungi Amelia dan memberitahu Amelia bakal mewarisi sebuah istana tetapi tidak boleh dijual.Maka Amelia pun membawa anaknya untuk memulakan kehidupan baharu di Chesterford Castle.

Di Chesterford Castle Amelia dibantu oleh empat pekerja yang setia iaitu Arthur, isterinya Dorothy, Joey dan Tiffany.Pada hari yang sama Amelia dan Charlie tiba, Tom seorang pembaik pulih perabot turut datang untuk berkhidmat di situ.

Chesterford Castle dibuka untuk dikunjungi orang ramai serial hari kecuali Isnin.Amelia mendapati bilangan pengunjung ke istana tersebut kurang memberangsangkan. Amelia pun berbincang dengan para pekerjanya tentang langkah yang perlu diambil untuk menarik lebih ramai pengunjung. Amelia bercadang untuk mencari buku catatan peninggalan nenek moyangnya untuk mengetahui sejarah mereka.Kemudian dia terjumpa journal kepunyaan salah seorang moyangnya iaitu Clara. Benji yang telah membantunya sebelum ini datang semula dan dia membantu Amelia untuk merungkai misteri dalam journal Clara.

Seperti kebanyakan istana lama di tanah Inggeris, istana ini juga ada penunggunya.Tetapi penunggu-penunggu itu tidak mengganggu Amelia dan Charlie. Malah, Charlie boleh berbicara dan melihat mereka.Para penunggu ini lebih kepada cuba membantu Amelia untuk memulihkan semula istana tersebut.

Novel Ali McNamara kali ini amat menghiburkan dan boleh dibaca dalam tempoh yang singkat. Saya suka dengan gaya penulisannya yang santai. Penggunaan perkataan yang mudah dan sesuai dibaca.Seperti novel-novelnya terdahulu, tiada perkataan carutan yang menjadi kebiasaan bagi kebanyakan penulis lain. Terdapat unsur misteri dan mistik dalam karyanya kali ini. Cerita ini juga mempunyai happy ending dan ini memberikan satu kepuasan kepada pembaca. 

Tahniah sekali kepada penulis dan semoga penulis terus menghasilkan karya yang menghiburkan.

Baca review buku Letters from Lighthouse Cottage di sini.
Baca review buku Daisy's Vintage Cornish Camper Van di sini.

Tajuk: The Secrets and Seashells at Rainbow Bay
Penulis:Ali McNamara
ISBN:9780751574326
Penerbit: Sphere
Tahun:2019
Halaman:376
Bintang:✩✩✩✩

No comments:

Post a Comment