sumber: Google |
Hello. Pernah tak membaca komik Tintin? Watak Tintin dicipta pada tahun 1929 oleh kartunis Belgium iaitu Georges Remi (Herge). Maknanya tahun ini genaplah umur Tintin 87 tahun. Tintin selaku watak utama komik ini seorang wartawan muda yang sering berhadapan dengan bermacam-macam peristiwa tidak diduga.
Pembaca boleh membaca kisah pengembaraan Tintin bersama anjingnya, Snowy dalam 24 komik. Menariknya komik Tintin juga telah dijelmakan dalam bentuk filem.
Komik Tintin yang paling saya suka baca ialah The Castafiore Emerald kerana pelbagai peristiwa lucu berlaku. Satu hal membezakan kisah Tintin dalam tajuk ini dengan tajuk yang lainnya ialah cerita ini berlaku di Marlinspike Hall sahaja.
sumber: google |
Hidup Captain Haddock dan Tintin yang aman damai di rumah agam milik Captain Haddock, Marlinspike Hall, terganggu dengan kehadiran gipsi di kawasan milik Captain Haddock. Hal ini ditambah lagi dengan kehadiran tidak diundang Bianca Castafiore, penyanyi opera terkenal ke kediaman mereka. Bermulalah peristiwa lucu sepanjang Bianca menginap di rumah agam itu. Profesor Calculus yang selalu bersifat pelupa telah jatuh cinta dengan Bianca dan telah mencipta baka mawar baru untuk Bianca.
Kekecohan berlaku apabila zamrud Castafiore telah hilang. Antara suspek utama ialah Nestor, golongan gipsi yang menumpang di kawasan padang milik Captain Haddock, dan Irma, orang gaji Bianca. Pada penghujung cerita, pencurinya ialah orang atau makhluk yang tidak diduga.
Pada pandangan saya, Herge bijak menimbulkan unsur saspens dan kecindan dalam karyanya. Membaca komik ini berulang kali tidak pernah timbul rasa bosan. Kadang-kadang tersengih sendiri. ๐ Mungkin sebab itulah, setelah 87 tahun komik Tintin diperkenalkan ia masih mendapat tempat di hati peminat komik. Komik ini saya bagi 5 bintang.๐
Sumber: Google |
No comments:
Post a Comment