Sunday 30 September 2018

August & September Book Haul


Hello. 
September sudah pun berada di penghujungnya pada hari ini.

Sepanjang bulan Ogos dan September, saya membeli buku secara online sahaja.  Walau bagaimanapun saya terlepas mycybersale  kerana kebetulan minggu tersebut saya agak sibuk.  Pembelian online ini pun kena bajet betul-betul sebab pada masa itu gaji pun tak masuk lagi. Memang ditahan-tahan sahaja jari ni menekan butang buy now.

Ini juga kali pertama saya membeli buku secara online dari MPH online, bookxcessonline dan DBPniaga. Syukurlah, semua buku tersebut selamat sampai walaupun ada misscommunication sedikit. Ketiga-tiganya boleh dibayar menggunakan kad debit jika tiada kad kredit. Kesimpulannya, pembelian secara online lebih mudah kerana tidak perlu ke kedai buku untuk membeli.Jimat masa dan tenaga. 

Senarai buku yang dibeli:

Bookxcessonline
1. The Cinderella Murder by By Mary Higgins Clark and Alafair Burke
2. The Chocolate Lovers' Club (Chocolate Lovers’ Club #1) by Carole Matthews
3. The Little Flower Shop by the Sea by Ali McNamara 

DBPniaga
1. Gaya Dewan Edisi Ketiga by Dewan Bahasa dan Pustaka
2. Evolusi Parlimen dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia by Wan Junaidi Tuanku Jaafar
3. KUMPULAN CERPEN KANAK-KANAK : CERITA SEBUAH LUKISAN (tiada dalam foto)
4. Novel Kanak-kanak: Budak California (tiada dalam foto)
5. Bercuti Bersama Nenek (tiada dalam foto)
6. Projek 238

MPHonline
1. Awas! Jurutera di Hadapan
2. Kru dari Langit
3. JEJON DI JEPUN 3
4. Pilih Lesen Apa? (Teen Novel)

Total : 13 buah 

Syukur sebab semangat membaca pun sudah mula berkobar kembali. Sebanyak 8 buah buku telah pun habis dibaca dengan jayanya. Reviewnya pula, kemudian. ☺

Semoga bertemu lagi pada Oktober nanti.

No comments:

Post a Comment