Monday 17 September 2018

Review Komik La Flora Kelilingi Dunia:Mesir

sumber: klik di sini
Tajuk : Komik Bersiri La Flora Lawatan Kelilingi Dunia:Mesir
Penterjemah :  Peng Jeck Mor 
Penerbit: Penerbitan Pelangi Sdn Bhd
Tahun: 2016
Halaman: 152
Harga : RM10.90 (SM)/ RM11.50 (SS)

"Menambahkan ilmu pengetahuan ialah hiburan yang terbaik"
☙☙☙☙☙☙☙❦❦❦❦❦❧❧❧❧❧❧❧

Helo. Apa khabar semua? Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan 
Selamat Hari Malaysia kepada semua.

Komik Bersiri La Flora Lawatan Kelilingi Dunia:Mesir merupakan tajuk ke-9 dalam koleksi saya. Maksudnya ada satu lagi iaitu Jepun yang belum dibaca. Untuk tajuk-tajuk lain dalam siri ini boleh lihat di sini. Sebelum itu, mari kita lihat peta Mesir atau juga dikenali sebagai Egypt.

sumber:  worldatlas



Dalam pengembaraan kali ini, pelajar Akademi Putera Noah iaitu Horus perlu membuat tugasan tentang kehebatan Mesir, tanah airnya. Horus tidak keseorangan dalam pengembaraannya kali ini. Dia telah terserempak dengan Yang Mei Hua dan Nasissa Lefebia. Walau bagaimanapun kedua-dua pelajar Akademi La Flora itu pergi ke Mesir dengan tujuan yang berbeza. 

Sama seperti tajuk lain dalam siri La Flora Kelilingi Dunia, pembaca akan disajikan dengan 50 kehebatan negara Mesir. Apabila memperkatakan tentang Mesir, secara tidak langsung kita akan terbayangkan piramid, sungai Nil dan juga Cleopatra. Tetapi Mesir juga mempunyai banyak kehebatan lain. 

Tiga kehebatan Mesir yang menarik perhatian saya ialah: 
❀  Hatshepsut 
Hatshepsut merupakan firaun wanita pertama dalam sejarah Mesir purba.
Tulisan Hieroglif
Tulisan ini ialah sistem tulisan masyarakat Mesir purba.Tulisan ini bermaksud "tulisan suci"yang berbentuk gambar.
Mumia kucing
Masyarakat Mesir purba percaya bahawa kucing adalah jelmaan Dewi Bastet yang merupakan dewi pelindung.

Sama seperti tajuk lain dalam siri ini, selain 50 kehebatan negara disertakan juga bonus info menarik tentang Mesir. Antaranya tentang bentuk muka bumi, iklim , mata wang dan lain-lain. 

Secara keseluruhannya, buku ini berbaloi untuk dibaca terutamanya anak-anak yang masih di sekolah rendah. Tidak semestinya pergi sendiri ke tempat tersebut untuk mengenali budaya sesebuah negara. Dengan membaca pun boleh. 

p/s: Saya baru mendapat tahu ada juga tajuk  baharu dalam siri La Flora Lawatan  Kelilingi Dunia . Antaranya, Vietnam,New Zealand, Indonesia, Brazil dan banyak lagi. Mesti puteri saya teruja. 
Hmm kena cari ni.

No comments:

Post a Comment