Hai.Selamat bertemu kembali.
Sebenarnya tahun ini merupakan tahun ketiga saya menyertai Goodreads Reading Challenge. Dua tahun berturut-turut saya menyasarkan bacaan 30 buah buku setahun.Tetapi selalu tidak tercapai.
Oleh itu, tahun ini saya sasarkan 24 buah buku sahaja.Purata 2 buah sebulan. Syukur dengan membaca ebook saya berjaya menghabiskan bacaan 7 buah buku dalam dua bulan.Buku terpanjang yang dibaca ialah #KatererCinta oleh Nurul Syahida iaitu 339 muka surat.Reviewnya boleh baca di sini.
Harap-harap semangat membaca tu akan terus berkobar-kobar sehingga penghujung tahun 2020.
Anda bagaimana? Berapa sasaran buku dibaca bagi tahun 2020?
Semoga berjumpa lagi.Bye.
No comments:
Post a Comment