Tajuk : I Heart Christmas
Penulis : Lindsey Kelk
ISBN : 978-0-00-750151-9
Tahun : 2013
Penerbit : Harper
Halaman : 347
Harga : RM34.90 (SM)
Twelve days of Christmas - and Angela's going to need every one of them.
Buku ini dipilih untuk melihat suasana perayaan Krismas di tempat lain terutamanya di negara barat. Apa yang menariknya ialah watak utama iaitu Angela Clark ialah warga British yang meraikan hari Krsimas di Amerika Syarikat. Saya berpeluang melihat perbezaan sambutan Krismas di Amerika Syarikat dan di UK menurut pandangan watak Angela. Saya juga suka dengan kulit buku ini. Cantik dan sesuai dengan tajuk novel. Salah satu tarikan untuk saya membeli buku ialah kulit luar. Kulit luarnya mesti dapat terus menangkap mata bakal pembeli selain tajuk yang menarik.
Ok. Kita beralih kepada sinopsisnya. Angela digambarkan sebagai seorang editor di majalah Gloss yang mempunyai impian Krismasnya sendiri pada tahun tersebut. Tetapi dalam kesibukannya tentang Krismas impian, dia menerima beberapa berita yang mengejutkan daripada orang sekelilingya. Rakan baiknya di New York, Jenny, mengidam hendak memiliki bayi sendiri walaupun masih single. Suami Angela, Alex, mengumumkan mereka akan berpindah ke rumah baru sebelum hari Krismas. Angela juga ditawarkan kerja baru dan pembantu yang baru! Kemudian, rakan karibnya di UK, Louisa telah muncul di pintu rumahnya bersama anak kecilnya Grace.