Tuesday 6 December 2016

KOMIK LA FLORA: RALI KHAZANAH DUNIA

Tajuk : Komik Bersiri La Flora: Rali Khazanah Dunia
Penterjemah: Wan Mohamad Iskandar Haji Harun
Penerbit: Pelangi Sdn Bhd
Tahun : 2013
Harga : RM9.90 (SM)/ RM10.50 (SS)


Sering kali kita tercari-cari bahan bacaan yang dapat menarik hati kanak-kanak dan pada masa yang sama dapat memberikn ilmu baharu. Sekarang tidak perlu risau kerana komik bersiri La Flora kembali lagi. Siri Rali Khazanah Dunia ini merupakan antara siri terawal La Flora.Baru tahu yang komik bersiri La Flora ini ialah komik dari negara Thailand. 😊

           

Saya hanya ada  empat jilid sahaja setakat ini. Dalam siri ini para pelajar perempuan Akademi La Flora dan pelajar lelaki Akademi Putera Noah bersaing dalam pertandingan yang paling mencabar. Pemenang bagi pertandingan ini akan diberikan hadiah Khazanah Dunia yang misteri. Kedua-dua pasukan memberikan saingan yang amat sengit. 


Jilid 1: Konsert dan Persembahan Instrumen yang Menyeronokkan.
Kumpulan La Flora diketuai oleh Intira, presiden persatuan pelajar yang sangat komited.Manakala kumpulan Putera Noah diketuai oleh Kim Giyul.Mereka dikehendaki membuat persembahan semasa upacara perasmian.Sepanjang proses pertandingan, pembaca didedahkan dengan sejarah dan jenis pelbagai alat muzik seluruh dunia. Antara ialah seperti alat muzik dari Rusia iaitu balalaika yang ditunjukkan di bawah ini.

Sumber imej: Klik di sini
       Selain kisah pertandingan konsert dan persembahan, turut diceritakan tentang Tiwa yang mencari ibu kandungnya yang telah menghilangkan diri. Tiwa pada awalnya berasa kecewa kerana tidak pandai bermain alat muzik telah dilantik sebagai pembantu persembahan. Dalam siri kali ini saya tertarik dengan kata-kata Intira :
     "Tiada sesiapapun yang tidak berguna di dunia ini, cuma kita perlu tahu
 menggunakan kebolehannya sebaik mungkin."

Jilid 2: Cerita Dongeng Sedunia yang Memukau. 
Pertandingan sebenar bermula dalam jilid ini  yang  memperlihatkan Tiwa sebagai ketua La Flora dibantu oleh Esmeranda dan Nasissa. Manakala kumpulan Putera Noah diketuai oleh Kim Giyul dibantu oleh Plato dan Christopher. Latar belakang tempat pertandingan kali ini ialah Taman Tema Duchess. Misi kali ini ialah untuk menangkap itik di taman tema tersebut. Pelbagai cabaran diharungi oleh mereka sepanjang misi tersebut.Banyak peristiwa lucu dialami oleh kedua-dua kumpulan tersebut sepanjang misi menangkap itik.
          Dalam komik ini juga diselitkan tentang asal-usul cerita dongeng terkenal dari seluruh dunia seperti Cinderella, Kintaro, dan Dongeng Aesop. 

Jilid 3: Sains Perubatan dan Rawatan Spa.
Kali ini rali diteruskan dengan menubuhkan spa. Setiap kumpulan perlu bersaing untuk mendapatkan pelanggan paling ramai ke spa masing-masing. Dalam rali kali ini, Tiwa dibantu oleh Rosary dan Mint. Sikap Mint yang terlalu mengagungkan Rosary telah menimbulkan beberapa masalah. 
          Beberapa jenis rawatan spa diperkenalkan dalam siri ini. Antaranya ialah urutan Thai, aromaterapi dan penggunaan madu manuka. 


Imej : Klik di sini
Jilid 4: Pertandingan Permainan Rakyat di Serata Dunia.
Pertandingan diteruskan lagi yang mana Tiwa dan Kim Giyul masih sebagai ketua pasukan masing-masing. Pertandingan pertama ialah permainan layang-layang Thailand. Selepas pertandingan itu, Tiwa telah pengsan dan Yuri yang berasa rendah diri telah dipilih menggantikannya sebagai ketua. Banyak dugaan ditempuh oleh Yuri yang dianggap sebagai ketua yang tidak cekap. walau bagaimanapun, Yuri beruntung kerana sentiasa disokong oleh teman baiknya Tiwa.
        Seperti jilid sebelumnya, komik ini menyelitkan tentang sejarah dan jenis permainan tradisional seluruh dunia seperti permainan layang-layang Thailand, permainan diabolo, dan pertandingan catur. 

Diabolo
Sumber: Klik di sini

Kesimpulannya, banyak perkara baharu dan nili-nilai  yang diperoleh daripada komik ini.Komik ini sesuai sebagai bacaan santai di samping menimba ilmu. Anda juga boleh membaca review siri La Flora Lawatan Kelilingi Dunia di sini

2 comments:

  1. Kalau saya nak beli buku la flora rali khazanah dunia jilid 1 tu boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Helo. Terima kasih kerana sudi singgah. Maaf setakat ini tidak dijual.

      Delete