Saturday 17 December 2016

REVIEW: DARI TANJUNG MALIM KE KLCC

Tajuk :Dari Tanjung Malim ke KLCC
Penulis :Fdaus Ahmad
ISBN:9789671105740
Penerbit: Dubook
Tahun: April 2016 (Cetakan ke-9)
Halaman:228 
Harga : RM25.00

"Kau tahu macam mana rasanya selama 7 tahun ulang alik Tanjung Malim-KLCC naik bas?

Buku ini dibeli di Kinokuniya.Impression pertama saya buku ini mengisahkan catatan perjalanan penulis dari Tanjung Malim ke KLCC. 

Saya turut tertarik kerana buku ini sudah masuk cetakan ke-9 bermula dari tahun 2012. Sudah banyak review tentang buku ini sebenarnya. Semuanya memberikan review yang positif.

Bagi mereka yang mahu melepaskan tekanan selepas penat bekerja seharian, buku ini amat sesuai. Banyak pengalaman menarik dan melucukan penulis dari zaman kanak-kanak sehingga menjadi seorang bapa diceritakan. 

Buku ini berjaya dibaca sampai habis dalam tempoh dua jam sahaja.Walau bagaimanapun ada sesetengah perkataan yang agak kurang sesuai digunakan. Tetapi ini hanya pandangan peribadi sahaja. 

Saya tersengih-sengih sendiri apabila membaca tentang mak Apan hilang.☺Begitu juga kisah si comel Fateem yang mengajak penulis main masak-masak.Tidak dinafikan, penulis ini bijak menyampaikan cerita dengan menggunakan bahasa yang mudah. Seolah-olah dia bercerita di hadapan kita sambil lepak-lepak minum teh tarik. Buku ini saya berikan 3.5 bintang.

P/s: Setiap kali membaca tentang kak Boya, saya terbayangkan kak Ros dalam Upin & Ipin.

No comments:

Post a Comment