Saturday 27 April 2019

APRIL BOOK HAUL & HARI BUKU SEDUNIA


Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Buku Sedunia yang diraikan pada 23 April. Baru-baru ini bookcafe.com.my menawarkan promosi menarik untuk pembelian buku Rm100 ke atas penghantaran pos adalah percuma. Tanpa membuang masa saya terus membuat pembelian buku-buku tersebut. 

Tajuk buku-buku yang saya beli untuk bacaan diri sendiri ialah: 

1. Merantau ke Deli (HAMKA)
Karya Hamka yang saya baca reviewnya yang bagus di IG. Saya terus berkenan untuk membelinya walaupun saya tidak pernah membaca karya HAMKA. Saya sudah selesai membaca buku ini. Nantikan reviewnya kemudian.

2. Cerita Orang HR (Izman Pauzi)
Saya tertarik untuk mengetahui pengalaman orang-orang yang berkecimpung dalam dunia HR. Boleh juga membuka mata dan minda tentang profesion lain. 

Buku ini saya dapat tahu lewat laman sosial menyebabkan saya berminat untuk mengetahui dengan lebih  lanjut tentang isi kandungan buku ini.

4. Memoir Datuk Bandar (Mohamad Roslan Sakiman)
Memoir Datuk Bandar mengisahkan pengalaman Datuk Bandar yang pernah bekerja dengan tiga kerajaan.

5. Aku Anak Kampung (Mohammad Razi Abd. Rahim)
Memoir seorang pendidik yang telah melalui zaman Inggeris, komunis dan pendudukan Jepun sehinggalah kepada zaman menuntut kemerdekaan.

❀❀❀❀❀❀❀❀❀
Tajuk buku-buku yang saya beli untuk puteri saya yang meminati dunia Kpop dan Korea ialah: 

1.  Miss KPOP: Transfer Student (Nur Izzati)
Hasil karya penulis tunas super yang berusia 11 tahun. 

2. Aku Mahu Jadi Novelistar (Ain Maisarah & Jumie Jain)
Salah satu judul dalam Siri Aku Mahu. Kisah tiga sahabat yang ingin menjadi penulis novel terkenal.Namun, untuk mencapai impian itu banyak cabaran yang perlu dihadapi. 

3. Cerita Drama Korea (Haziq Rizuan)
Buku ini dipilih kerana ada kaitan dengan Korea juga. Tiga orang pelajar pertukaran antarabangsa yang menggelarkan diri mereka KPOP Boys. Tetapi tidak semua terpesona dengan mereka bertiga...

4. I'm A Backpacker : Korea (Halian Azurin)
Travelog Backpacker ke Korea. Buku yang pertama dibaca oleh puteri saya walaupun dalam keadaan demam. 

5. Mr. Midnight : When The Living Meet The Dead (James Lee)
Selain meminati apa-apa yang berkaitan dengan Korea, minat puteri saya ialah genre  seram. Buku ini merupakan salah satu Halloween Special Edition.


No comments:

Post a Comment