Sunday 2 February 2020

Review Buku: Sehari dalam Kehidupan

Sumber:goodreads

Tajuk: Sehari dalam Kehidupan
Penulis: Abdul Samad
Tahun: 2016 (karya perlesenan)
ISBN: 9789834904401
Penerbit:DBP 
Halaman:73
Harga:RM13.00

Blurb:
Menghimpunkan 12 bidang kerjaya dan menggambarkan realiti kehidupan tokoh-tokoh yang tertentu dalam kerjayanya. Antara bidang kerjaya yang dimuatkan dalam cerpen ini adalah seperti doktor, peguam, jurutera, juruukur, wartawan, editor, juruterbang dan lain-lain lagi. Pembaca dapat merasai dan mengalami suka duka, susah senang dan pahit maung dalam kehidupan seharian tokoh-tokoh kerjayanya.(Sumber:goodreads)
❀❀❀❀❀❀❀

Hai semua. 
Salam Februari.
Tahun ini dimulai dengan bacaan yang ringan sahaja. Buku yang dipilih merupakan kumpulan cerpen remaja yang memaparkan 12 bidang kerjaya.  

Saya tertarik dengan kisah seorang editor kerana jarang kerjaya tersebut diketengahkan dalam mana-mana penulisan. Tugasnya tidak kurang mencabar dan memerlukan ketelitian dan kreativiti.Selain itu, tugas seorang setiausaha akhbar kepada menteri menunjukkan pentingnya kecekapan dan sikap proaktif individu tersebut. 
Buku ini pertama diterbitkan dalam tahun 1985.Oleh itu, tidak hairanlah kenapa wartawan tersebut masih menggunakan mesin taip.

Buku yang sesuai dibaca oleh semua peringkat usia. Bagi para pelajar yang ingin mengetahui cerita di sebalik kehidupan tokoh kerjaya bolehlah dapatkan buku ini.

Buku ini saya berikan ✰✰✰✰

No comments:

Post a Comment